• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Rekarnasi VAIO Hasilkan Laptop Ultra Ringan Kurang Daripada 1KG

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:55 pm
  • 16/08/2018
  • Komen
Rekarnasi VAIO Hasilkan Laptop Ultra Ringan Kurang Daripada 1KG
Share on FacebookShare on Twitter

Tahun 2014 adalah tahun Sony menyisihkan perniagaan komputer untuk memberi fokus pada telefon dan tablet. Tapi sejarah telah tercipta dalam tahun ini kerana jenama legenda itu kini kembali ke Malaysia apabila sebuah syarikat dari Hong Kong beroleh hak untuk mengeluar dan mengedarkan laptop berjenama VAIO di sini.

Dua laptop baru dilancarkan untuk pasaran Malaysia sebagai permulaan iaitu:



  1. VAIO S11
  2. VAIO S13

Terdapat banyak persamaan antara kedua-duanya. Pada papan utama, mereka dikuasakan cip Intel Core i5 hingga i7 generasi ke-8 beserta RAM sekurang-kurangnya 8GB. Panel paparan mereka turut miliki resolusi HD Penuh tapi tidak peka sentuhan.

Pada bahagian storan dalaman, S11 dan S13 menggunakan medium SSD PCIe dengan storan seluas sehingga 512GB.



Taburan port I/O turut sama antara keduanya. Anda boleh menemui:

  • 3 USB-A
  • 1 VGA
  • 1 HDMI
  • 1 port audio
  • 1 pembaca kad SD

Agak pelik dilihat pada kehadiran VGA pada produk 2018. Tapi itulah hakikatnya dan pihak VAIO mempunyai falsafah untuk memudahkan pengkomputeran tanpa memerlukan dongle untuk penggunannya.

Uniknya kedua-dua laptop ini adalah pada binaannya. Untuk sebuah laptop 11″ seperti S11, beratnya cuma 850g dan berasa amat ringan berada dalam tangan. Ia dimungkinkan dengan penggunaan bahan serat karbon pada badannya.

S13 pula adala sebuah laptop bersaiz 13″ yang miliki berat 1.07kg antara yang teringan dalam kelasnya. Berbanding serat karbon pada S11, laptop ini menggunakan aloi magnesium sebagai materi badannya.

Harga jualan rasmi kedua-dua laptop ini adalah seperti berikut:

  1. VAIO S11 i5-8250U, RAM 8GB, SSD 256GB – RM6,699
  2. VAIO S13 i5-8250U, RAM 8GB, SSD 256GB – RM6,399
  3. VAIO S13 i7-8550U, RAM 8GB, SSD 256GB – RM6,899
  4. VAIO S13 i7-8550U, RAM 16GB, SSD 256GB – RM7,099
  5. VAIO S13 i7-8550U, RAM 16GB, SSD 512GB – RM8,199

Layari kedai dalam talian mereka di Lazada untuk maklumat lanjut.

Tags: harga vaio s11harga vaio s13pelancaran vaio s11pelancaran vaio s13review vaio s11review vaio s13spesifikasi vaio s11spesifikasi vaio s13tempahan vaio s11tempahan vaio s13VAIO S11vaio s11 malaysiavaio s11 murahVAIO S13vaio s13 malaysiavaio s13 murahviaoviao malaysia
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Rekarnasi VAIO Hasilkan Laptop Ultra Ringan Kurang Daripada 1KG

Rekarnasi VAIO Hasilkan Laptop Ultra Ringan Kurang Daripada 1KG

16 August 2018
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025
Siri Oppo Reno 15 tiba di Malaysia dengan kamera 200MP & bateri 7,000mAh, dari RM1,499

Siri Oppo Reno 15 tiba di Malaysia dengan kamera 200MP & bateri 7,000mAh, dari RM1,499

6 January 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

30 December 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER