Ingat tak bila tarikh tamat cukai jalan dan insurans kenderaan anda? Kalau lupa, cuba periksanya pada pelekat cukai jalan di kereta atau motor anda. Jika ia hampir tamat tempoh, bolehlah anda bersedia untuk perbaharuinya sekarang! Dengan adanya Internet, anda tak perlu lagi luangkan masa beratur panjang di JPJ atau pejabat pos untuk perbaharuinya, sebab semua itu boleh dilakukan di dalam talian sahaja.
Cara perbaharui insurans kenderaan online
Namun ingat, sebelum perbaharui cukai jalan, anda perlu perbaharui insurans kenderaan dahulu. Berikut merupakan cara perbaharui insurans kenderaan secara dalam talian:
- Layari laman web MyEG kemudian daftar akaun anda pada halaman Register
- Setelah selesai, log masuk akaun anda
- Di halaman utama, tekan pilihan Jabatan Pengangkutan Jalan
- Seterusnya pilih sama ada anda ingin perbaharui insuran kereta atau motor
- Di halaman berikutnya, tekan Compare Now untuk membandingkan harga serta perkara yang dilindungi beberapa syarikat insurans dan takaful yang berbeza
- Setelah itu, masukkan nombor pendaftaran kenderaan anda dan tekan Next
- Beberapa maklumat kenderaan anda akan dipaparkan pada halaman seterusnya dan anda perlu sahkannya
- Kemudian, masukkan maklumat pemilik kereta supaya sistem boleh sediakan sebut harga insurans untuk anda, tekan Next
- Pilih syarikat insuran yang tersedia untuk dapatkan harga terkini, kemudian tekan Submit
- Seterusnya anda boleh nampak harga insurans yang dikenakan bagi setiap syarikat yang anda piilih tadi. Tekan Buy Now pada mana-mana insuran yang anda mahu
- Anda kemudian perlu masukkan maklumat pemandu tambahan jika ada, serta pilih sebarang Add-ons yang diperlukan
- Akhir sekali, lakukan bayaran
- Setelah bayaran dibuat, anda boleh memuat turun resit bayaran dan sijil perlindungan (cover note) sebagai rujukan
Cara perbaharui cukai jalan online
Seperti yang dinyatakan di atas tadi, setelah anda ada insurans barulah cukai jalan boleh didapatkan. Oleh itu, berikut merupakan cara untuk dapatkan cukai jalan secara dalam talian. Anda boleh belinya melalui MyEG juga! Berikut merupakan caranya:
- Log masuk dalam laman web MyEG dan klik pada ikon Jabatan Pengangkutan Jalan
- Klik pada butang Perbaharui Cukai Jalan
- Kemudian pilih sama ada anda ingin perbaharui cukai jalan motor atau kereta
- Kemudian, lengkapkan maklumat yang diminta seperti nombor kad pengenalan, nama, nombor telefon, alamat e-mel, nombor pendaftaran kenderaan dan tempoh pembaharuan cukai jalan
- Anda juga boleh buat pilihan sama ada cukai jalan itu dihantar ke rumah anda atau anda ambilnya sendiri di Pejabat MyEG berdekatan. Penghantaran ke alamat pilihan akan dikenakan caj penghantaran
- Pastikan semua maklumat yang diisi adalah tepat. Sebut harga dan caj yang dikenakan akan dipaparkan pada skrin. Jika anda setuju dengan sebut harga tersebut, tekan butang Confirm & Pay
- Lakukan bayaran
- Muat turun resit pembayaran dan simpannya sebagai rujukan
- Tunggu sehingga cukai jalan dihantar ke rumah anda
Lakukan pembaharuan secara dalam talian sangat membantu mengelakkan anda keluar rumah lagi-lagi apabila cukai jalan dan insuran kenderaan telah tamat tempoh. Namun, jika anda terus ke pejabat juga ada manfaatnya, anda boleh dapatkan cukai jalan dengan cepat dan terus tampalnya pada kenderaan. Mana lebih senang untuk anda, perbaharui insurans dan cukai jalan secara dalam talian atau kunjungi pejabat yang berdekatan?
[Sumber: Carsome]
[Sumber gambar: Kurnia Insurans]