• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung mahu kembalikan model flagship mampu milik ‘Fan Edition’ tahun ini

  • OLEH Najib
  • 5:58 pm
  • 17/02/2023
  • Komen
Galaxy S21 FE: peranti flagship Samsung lebih mampu milik hadir tanpa aksesori penting

Galaxy S21 FE

Share on FacebookShare on Twitter

Telefon pintar Samsung Galaxy S20 FE (Fan Edition) menjadi sangat popular selepas ia dilancarkan. Ini kerana ia menawarkan pelbagai ciri-ciri premium dan prestasi flagship, dengan harga lebih murah dan menggunakan cip Snapdragon, tetapi berbadan plastik.

Bagaimanapun, model selepas itu Galaxy S21 FE tidak mendapat sambutan menggalakkan kerana Samsung kembali mengenakan cip Exynos dan lewat mengumumkannya, kira-kira sebulan sebelum siri Galaxy S22 dilancar. Galaxy S22 FE pula langsung tidak muncul dan dikatakan penamat riwayat Fan Edition. Antaranya akibat jualan Galaxy S21 FE yang merudum dan kekurangan bekalan cip di pasaran.



Samsung Galaxy S21 FE

Tetapi kini timbul pula laporan daripada Korea Selatan, menyatakan Samsung sedang merancang untuk kembali menghasilkan telefon murah Fan edition. Galaxy S23 FE dikhabarkan akan diperkenal sekitar bulan Ogos atau September tahun ini dan dikuasakan cip Snapdragon 8 Gen 2, atau Snapdragon 8+ Gen 1 tahun lepas sebagai langkah penjimatan kos. Dijangkakan badan plastik akan kekal digunakan untuk menjadikan harganya masih mampu milik.

Laporan yang sama turut menyebut, Samsung mungkin menamatkan siri Galaxy A7x untuk mengembalikan Galaxy S23 FE ke pasaran. Ini tidak mengejutkan kerana siri Galaxy A7x sering memiliki tanda harga yang menghampiri siri Galaxy S tetapi dengan kuasa kelas pertengahan. Jadi, Galaxy A74 tidak akan dilancar dan diganti dengan Galaxy S23 FE.



Samsung Galaxy A33, A53 & A73

Pelancaran model baru siri Galaxy A tahun ini masih senyap-sunyi kerana biasanya Samsung akan membuat pelancaran seawal bulan Januari dengan gambaran awal mula tersebar. Tetapi hingga kini, tiada khabar mahu kebocoran tentang siri Galaxy Ax4 kedengaran.

[Sumber: Hankooki, Sammobile]

Bacaan Berkaitan

  • Galaxy S21 FE: peranti flagship Samsung lebih mampu milik hadir tanpa aksesori penting
  • 10 juta unit Galaxy S20 FE terjual tahun lepas, mampukah Galaxy S21 FE ulangi?
  • Harga Galaxy A33, A53 dan A73 di Malaysia sangat mengejutkan
Tags: Galaxy S23 FEsamsungsamsung galaxy s23Samsung Galaxy S23 FE
Najib

Najib

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

6 February 2026
Galaxy S21 FE: peranti flagship Samsung lebih mampu milik hadir tanpa aksesori penting

Samsung mahu kembalikan model flagship mampu milik ‘Fan Edition’ tahun ini

17 February 2023
Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

5 February 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

9 February 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER