• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Redmi 12C dilancar pada harga bermula RM599, percuma fon putik buat penempah awal

  • OLEH Hanif Azrai
  • 7:41 am
  • 09/03/2023
  • Komen
Redmi 12C dilancar pada harga bermula RM599, percuma fon putik buat penempah awal
Share on FacebookShare on Twitter

Xiaomi mengumumkan sebuah telefon baharu dalam kategori harga patut yang bernama Redmi 12C. Ia mula boleh ditempah sehingga 15 Mac 2023 ini dengan pemberian seunit Redmi Buds 4 Lite untuk setiap tempahan awal.

Harganya adalah seperti berikut:



  • RAM 4GB + Storan 128GB – RM599
  • RAM 6GB + Storan 128GB – RM699

Tempahan boleh dibuat secara dalam talian di Lazada ataupun Shopee. Berikut adalah maklumat spesifikasi Redmi 12C. Bermula di bahagian hadapan, Redmi12C diberikan panel paparan 6.71” beresolusi HD+.

Atas papan utama, Redmi 12C diperkasa cip Mediatek Helio G85. Cip agak berusia ini dilancarkan dalam tahun 2020 lalu dan berkategori 12nm. Antara telefon yang juga menggunakan cip iniadalah seperti Redmi Note 8, Redmi Note 9, Realme C25s, Infinix Hot 20, dan beberapa telefon kelas permulaan lain.



Untuk pasaran global, telefon ini ditawarkan dalam konfigurasi bermula 3+32. Namun, di pasaran kita, sebanyak 2 variasi ditawarkan iaitu 4+128 dan 6+128.

Untuk mengambil gambar, telefon ini ada dwikamera 50MP F1.8 di bahagian belakang. Nama saja dwikamera belakang, kamera satu lagi ada resousli QVGA (248 x 328) sahaja dan satu kamera 5MP di bahagian depan. Cukup untuk memenuhi syarat mengambil gambar.

Membekalkan tenaga kepada telefon ini adalah sistem bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan 10W.

Sekiranya anda berminat dengan varian dengan RAM 6GB yang berharga RM699, spesifikasi yang sama boleh anda temukan pada Infinix Hot 20 pada harga RM599. Malah, anda dapat sistem pengecasan lebih pantas 18W dan skrin lebih besar 6.82”. Ada boleh baca reviu Infinix Hot 20 kami dalam pautan di bawah.

[REVIU] Infinix Hot 20: Skrin besar, bateri besar, harga bawah RM600, dan boleh tambah nilai kad TNG!

Tags: Redmiredmi 12cxiaomi
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Redmi 12C dilancar pada harga bermula RM599, percuma fon putik buat penempah awal

Redmi 12C dilancar pada harga bermula RM599, percuma fon putik buat penempah awal

9 March 2023
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN