• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature Tips & Tricks

5 tablet terbaik bawah RM2,000 di Malaysia (Mac 2023)

  • OLEH Fatin Amanina
  • 4:01 pm
  • 15/03/2023
  • Komen
5 tablet terbaik bawah RM2,000 di Malaysia (Mac 2023)
Share on FacebookShare on Twitter

[KEMASKINI 6 September 2023] Semak senarai terbaharu 5 tablet terbaik bawah RM2,000 di sini.


Anda sedang cari tablet dengan bajet bawah RM2000? Berikut saya kongsikan senarai 5 tablet terbaik bawah RM2000 yang boleh anda pertimbangkan untuk tahun 2023. Ia sesuai digunakan untuk tonton video, melukis, main game, mesyuarat dalam talian dan pelbagai keperluan lain lagi. Ada yang dilengkapi kapasiti bateri sebesar, kemaskini sistem operasi panjang, dijual dengan harga pelajar, ada yang disertakan aksesori dan banyak kelebihan lain lagi.



Tonton video 5 tablet terbaik bawah RM2000 di bawah ini. Jika anda cari tablet di bawah RM1000, tonton senarai tabletnya di sini.

1. Realme Pad X

Realme Pad X boleh didapatkan pada harga RM1699. Ia dikuasai cip Snapdragon 695 6nm 5G, RAM 6GB, Storan 128GB. Tablet ini dikatakan tablet 5G termurah di Malaysia. Skrin seluas 10.95-inci jenis LCD. Bateri berkapasiti 8,340mAh menyokong pengecasan pantas Dart 33W menerusi USB-C.



Pembelian boleh dilakukan di Shopee dan Lazada.

2. iPad gen-9 Wi-Fi

iPad gen-9 Wi-Fi berharga RM1599. Ia digerakkan oleh cip A13 Bionic dengan Neural Engine, storan sehingga 256GB. Skrin berukuran 10.2” LED dengan teknologi IPS. iPad ini berfungsi dengan Apple Pencil (generasi pertama) dan Papan Kekunci Pintar.

Menariknya, pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT), ibu-bapa pelajar IPT, serta staf di fakulti dan guru-guru di semua peringkat pendidikan boleh dapatkan diskaun untuk produk Apple ini melalui program Apple iaitu Higher Education Offer. Jadi, anda boleh dapatkan iPad dengan harga diskaun di Laman Rasmi Apple Education.

Pembelian boleh dilakukan di Shopee dan Lazada.

3. Samsung Galaxy Tab S7 FE WiFi 

Samsung Galaxy Tab S7 FE WiFi berharga RM1899. Cip yang digunakan ialah Snapdragon 750G. Ia ada bateri paling besar dalam senarai iaitu 10,090mAh dan sokong pengecasan 45W. Anda boleh cas penuh dengan cepat sekitar 90 minit. Menariknya, ia ada kemaskini Android 4 kali, jadi anda boleh gunakan tablet ini lama. Samsung Galaxy Tab S7 FE adalah satu-satunya tablet dalam senarai yang sertakan pen stailus di dalam kotak.

Pembelian boleh dilakukan di Shopee dan Lazada.

Sumber

4. Xiaomi Mi Pad 5

Xiaomi Mi Pad 5 boleh didapatkan pada harga serendah RM1399. Ia menggunakan Snapdragon 860 bersama-sama RAM 6GB, storan sehingga 256GB. Skrin jenis LCD 120Hz, bateri berkapasiti 8,720mAh dengan sokongan pengecasan pantas 33W. Ia turut miliki empat speaker stereo yang dikuasakan teknologi Dolby Atmos.

Pembelian boleh dilakukan di Shopee dan Lazada.

5. Honor Pad 8

Honor pad 8 berharga RM1399. Ia digerakkan oleh cip Qualcomm Snapdragon 680. RAM 6G+2G, Storan 128GB. Skrin seluas 12” LCD. Baterinya berkapasiti 7,250 mAh dengan sokongan pengecasan pantas 22.5W. Sistem operasi yang digunakan ialah Android S + MagicUI 6.1. 

Pembelian boleh dilakukan di Shopee dan Lazada.

Sumber
Tags: tablet
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

5 tablet terbaik bawah RM2,000 di Malaysia (Mac 2023)

5 tablet terbaik bawah RM2,000 di Malaysia (Mac 2023)

15 March 2023
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN