• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kamera Sony ZV-E1 tawar ciri professional dalam badan kompak untuk vlogger, harga bermula RM10,499

  • OLEH Hanif Azrai
  • 4:09 pm
  • 30/03/2023
  • Komen
Kamera Sony ZV-E1 tawar ciri professional dalam badan kompak untuk vlogger, harga bermula RM10,499
Share on FacebookShare on Twitter

Sony telah lancarkan satu kamera baharu ZV-E1. Ia adalah yang pertama dalam sirinya mendukung sensor full-frame. Satu fakta menarik tentang model kali ini adalah ia model ZV keempat dilancarkan selepas ZV-1, ZV-E10 dan ZV-1F.

Seperti biasa, barisan ZV menampilkan reka bentuk yang kompak dan ditujukan kepada vlogger, pencipta kandungan baharu, ataupun sebagai kamera sekunder untuk menjadi pelengkap kepada kamera sedia ada.



Sony ZV-E1 mengguna pakai sensor 12MP full-frame yang sama boleh anda temukan pada A7S III ataupun Sony FX3. Sensor ini dipacu oleh pemproses imej BIONZ XR yang katanya mampu berikan julat dinamik sehingga 15 tahap beserta prestasi gambar malam yang baik.

Ciri fotografi dan videografinya bolehlah anda jangkakan hampir sama seperti dua kamera yang disebut tadi dengan beberapa penyesuaian untuk badannya yangkompak. Ia merakam video 4K pada kadar 60fps. Fungsi 120fps akan disalurkan menerusi naik taraf perisian pada masa yang akan datang.



Panel paparannya boleh dikilas ke depan dan komponen itu memiliki saiz 3” dengan resolusi 1.07MP. Ia peka sentuhan untuk memudahkan arahan diberikan kepada kamera. ZV-E1 menggunaan bateri jenis Z dan menyokong pengecasan pantas USB-PD.

Barisan port I/O yang boleh anda temui pada badannya adalah seperti jek mikrofon, jek headfon, slot SD, USB-C, mini-HDMI dan hotshoe.

Sony ingin mengetengahkan teknologi AI pengecaman wajah pada ZV-E1. Pengguna boleh menggunakan ciri seperti Multiple Face Recognition, penyelarasan bingkai automatik, penstabil imej digital, serta penala audio digital. Sistem pembidik fokus padanya juga adalah antar ayang termaju. Ia boleh membidik fokus binatang, burung, serangga, kereta/keretapi, dan kapal terbang.

Akhir sekali penstabil imej digital pada kamera ini dikatakan 30% lebih baik berbanding penstabil imej digital Active Mode sedia ada.

ZV-E1 dijual pada harga RM10,499 untuk badan sahaja ataupun RM11,999 bersama-sama lensa 28-60mm F4.5-5.6. Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: kameraSonysony zv-e1
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

​​Sehari bersama SmartThings di siri Galaxy Z: Hidup lebih mudah, keselesaan lebih hebat

​​Sehari bersama SmartThings di siri Galaxy Z: Hidup lebih mudah, keselesaan lebih hebat

28 August 2025
Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

14 August 2025
Siri iPhone 17 & iPhone Air Malaysia: Ini senarai harga, tempahan dibuka mulai 12 September

Siri iPhone 17 & iPhone Air Malaysia: Ini senarai harga, tempahan dibuka mulai 12 September

10 September 2025
Samsung Galaxy Z Fold7 & Flip7: Kamera bertaraf “Pro” dalam poket anda

Samsung Galaxy Z Fold7 & Flip7: Kamera bertaraf “Pro” dalam poket anda

21 August 2025
LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

6 August 2025
Kamera Sony ZV-E1 tawar ciri professional dalam badan kompak untuk vlogger, harga bermula RM10,499

Kamera Sony ZV-E1 tawar ciri professional dalam badan kompak untuk vlogger, harga bermula RM10,499

30 March 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER