• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

OnePlus Nord CE 3 Lite dilancar dengan storan berganda, harga lebih murah

  • OLEH Najib
  • 10:50 pm
  • 04/04/2023
  • Komen
OnePlus Nord CE 3 Lite dilancar dengan storan berganda, harga lebih murah
Share on FacebookShare on Twitter

OnePlus malam ini membuat pelancaran istimewa apabila menjadikan Asia Tenggara sebagai tapak pertama kemunculan peranti kelas pertengahan terbaru, OnePlus Nord CE 3 Lite. Telefon pintar ini tiba bersama fon putik yang baru, OnePlus Nord Buds 2.

Lebih menarik lagi apabila OnePlus mengumumkan harga Nord CE 3 Lite yang lebih murah berbanding model sebelumnya. Selain itu, ia juga menampilkan storan yang lebih luas daripada Nord CE 2 Lite.



Harga dan tempahan awal

Tempahan awal untuk telefon pintar ini akan dibuka mulai 11 hingga 17 April 2023. Ia akan dijual di pasaran Malaysia pada 18 April 2023. Harga rasminya di Malaysia adalah:

  • OnePlus Nord CE 3 Lite (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM1,099

Pembeli dalam tempoh tempahan awal akan menerima hadiah percuma berupa fon putik OnePlus Nord Buds, perlindungan keretakan skrin, jaminan lanjutan tahun kedua, serta kupon baucar RM80 pada harga RM1 sahaja. Tawaran ini terdapat di Stor Online OnePlus Malaysia.



Spesifikasi OnePlus Nord CE 3 Lite

Boleh dikatakan, OnePlus Nord CE 3 Lite tidak banyak berubah daripada Nord CE 2 Lite kerana hanya sedikit naik taraf ada padanya. Paling utama, prestasinya adalah sama disebabkan masih menggunakan cip Snapdragon 695 5G yang sudah berusia. Di samping itu, ia hadir bersama RAM LPDDR4X 8GB. Nasib baik, OnePlus menggandakan storan UFS 2.2 kepada 256GB. Slot kad mikroSD masih tersedia, menerima sehingga 1TB storan tambahan.

Pada skrin, boleh dikatakan tidak berubah kerana masih mengekalkan paparan LCD IPS dengan resolusi HD Penuh dan kadar penyegaran 120Hz. Tetapi ia lebih besar, berukuran 6.72 inci dengan tahap kecerahan mencecah 680 nits. Pengimbas capjari masih kekal di sisi, di dalam butang kuasa.

Lubang kecil di dahi skrin mmemuatkan kamera hadapan 16MP. Kamera utama di belakang dinaik taraf kepada 108MP, dikatakan hadir dengan keupayaan zum lossless 3x. Tetapi kamera ini masih bergandingan dengan kamera makro dan potret 2MP.

Kapasiti bateri juga sama, iaitu 5,000mAh. Tetapi ia boleh mengecas jauh lebih pantas kerana dinaik taraf kepada pengecas SuperVOOC 67W USB-C. Khabarnya pengecasan selama 30 minit boleh memberi masa penggunaan selama seharian.

Jek audio 3.5mm juga masih dikekalkan, termasuk sistem bunyi stereo dua speaker yang menyokong teknologi Dolby Atmos. OnePlus menyatakan, speaker kali ini 200% lebih lantang menerusi mod Ultra Volume.

OnePlus Nord CE 3 Lite datang siap dengan sistem operasi OxygenOS 13.1, berasaskan Android 13. OnePlus turut menjamin akan menyediakan kemaskini keselamatan selama 3 tahun dan kemaskini OS sebanyak 2 kali kepada Nord CE 3 Lite.

Terdapat dua warna disediakan untuk dipilih, antara warna hijau cerah dan kelabu kusam. Untuk maklumat lanjut, layari laman produk OnePlus Nord CE 3 Lite.

Bacaan Berkaitan

  • OnePlus Nord 2T & Nord CE 2 Lite: Maklumat penjualannya di Malaysia
  • OnePlus Malaysia mahu lancar dua peranti mampu milik pada 4 April
  • OnePlus 11 Concept ada pam cecair di dalam badannya
  • OnePlus 11: Maklumat penjualannya di Malaysia
  • OnePlus Buds Pro 2: Maklumat penjualannya di Malaysia
Tags: Nord CE 3 LiteOnePlusOnePlus Nord CE 3 Lite
Najib

Najib

POPULAR

OnePlus Nord CE 3 Lite dilancar dengan storan berganda, harga lebih murah

OnePlus Nord CE 3 Lite dilancar dengan storan berganda, harga lebih murah

4 April 2023
Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

9 September 2026
Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

10 September 2026
iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

10 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026
Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

7 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN