• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honor Magic 5 & Magic 5 Pro: Maklumat Penjualannya di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 3:32 pm
  • 06/04/2023
  • Komen
Pelancaran siri Honor Magic 5 dan Magic Vs di Malaysia disahkan pada bulan April
Share on FacebookShare on Twitter

Honor Malaysia hari ini melancarkan telefon pintar flagship terbaru mereka, siri Magic 5. Terdapat dua model diumum dalam pelancaran ini iaitu Honor Magic 5 dan Honor Magic 5 Pro. Malaysia merupakan pasaran pertama ia dijual di luar China.

Harga dan tempahan awal

Honor kini membuka tempahan awal kepada orang ramai yang berminat untuk memiliki siri Honor Magic 5. Harga rasminya di Malaysia adalah seperti berikut:



  • Honor Magic 5 Pro (RAM 12GB + storan 512GB) – RM4,299
  • Honor Magic 5 (RAM 12GB + storan 256GB) – RM3,499

Tempahan awal dibuka dari 6 hingga 13 April 2023, di Stor HiHonor Malaysia, serta Stor Rasmi Honor di Lazada dan Shopee. Dalam tempoh ini, pembeli akan turut menerima hadiah percuma.

Jualan terbuka pula Honor Magic 5 Pro akan bermula pada 14 April 2032. Manakala Honor Magic 5 dijual mulai 28 April 2023. Kenali Honor Magic 5 Pro lebih lanjut dalam video kami ini.



Spesifikasi Honor Magic 5 Pro

Telefon terhebat ini dikuasakan SoC Snapdragon 8 Gen 2, RAM LPDDR5X sebanyak 12GB dan storan UFS 4.0 seluas 512GB.

Di bahagian depan, telefon ini ada panel paparan OLED LTPO 6.81-inci melengkung, beresolusi 1312 x 2848 (QHD+) dengan kadar penyegaran 120Hz. Pengimbas capjari terdapat di dalam skrin. Sistem bunyi stereo dengan sokongan teknologi DTS:X Ultra turut disertakan.

Gandingan tri kamera 50MP terdapat di belakang telefon ini. Ia adalah kamera utama 50MP, kamera ultralebar 50MP dan kamera telefoto 50MP dengan keupayaan zum sehingga 100x. Lubang di sudut atas skrin pula memuatkan kamera hadapan 12MP. Buat masa ini, Honor Magic 5 Pro menduduki takhta pertama ujian kamera DXOMark.

Tenaga telefon ini disalurkan oleh bateri berkapasiti 5,100mAh. Ia menyokong pengecasan pantas SuperCharge 66W USB-C dan Wireless SuperCharge 50W. Selain itu, telefon ini kalis air dan debu IP68.

Sistem operasi MagicOS 7.1 berasaskan Android 13 digunakan di dalam Honor Magic 5 Pro. Honor turut menjamin untuk memberi 3 tahun kemaskini Android dan 5 tahun kemaskini keselamatan.

Terdapat dua warna disediakan, antara hijau dan hitam. Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Honor Magic 5 Pro.

Spesifikasi Honor Magic 5

Walaupun tiada nama Pro, ia masih telefon flagship kerana dikuasakan cip Snapdragon 8 Gen 2. Ia dibekalkan bersama RAM LPDDR5X 12GB dan storan UFS 3.1 seluas 256GB.

Skrinnya juga jenis OLED LTPO melengkung, seluas 6.73-inci. Ia ada resolusi QHD+ (1224×2688) dan kadar penyegaran 120hz. Pengimbas capjari ada di dalam skrin. Terdapat lubang kecil di dahi skrin, menempatkan kamera hadapan 12MP.

Walaupun rupanya macam serupa, kamera yang digunakan di Honor Magic 5 adalah berbeza dengan versi Pro. Tiga kamera belakangnya gandingan kamera utama 54MP, kamera ultra lebar 30MP dan kamera telefoto 32MP dengan keupayaan mengezum sehingga 50x.

Kapasiti bateri adalah sama, 5,100mAh dan menyokong pengecasan panas SuperCharge 66W USB-C. Tetapi tiada pula sokongan pengecas wayarles. Selain itu, ia juga tidak kalis air dan debu.

Honor turut menggunakan Sistem operasi MagicOS 7.1 berasaskan Android 13 di dalam Honor Magic 5, serta jaminan 3 tahun kemaskini Android dan 5 tahun kemaskini keselamatan.

Terdapat dua warna disediakan, antara biru dan hitam. Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Honor Magic 5.

Bacaan Berkaitan

  • Honor Magic5 Pro ada 3 kamera 50MP dan algoritma pengimejan yang nyata ditambah baik
  • Magic Vs tembusi pasaran global, Galaxy Z Fold kena jaga-jaga
  • Honor Magic5 naik taraf di banyak aspek tapi masih tiada IP68
  • Honor jamin 3 tahun Android dan 5 tahun keselamatan untuk Honor Magic Vs dan Magic 5 Pro
Tags: honorhonor magic 5honor magic 5 pro
Najib

Najib

POPULAR

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

17 October 2025
Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

10 November 2025
Pelancaran siri Honor Magic 5 dan Magic Vs di Malaysia disahkan pada bulan April

Honor Magic 5 & Magic 5 Pro: Maklumat Penjualannya di Malaysia

6 April 2023
SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

16 November 2025
Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

11 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER