• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Produk Wearable Amazfit Terbaru Ini Ada Wi-Fi Dan Bateri Tahan Sehingga 5 Hari

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:36 am
  • 18/09/2018
  • Komen
Produk Wearable Amazfit Terbaru Ini Ada Wi-Fi Dan Bateri Tahan Sehingga 5 Hari
Share on FacebookShare on Twitter

Amazfit adalah pengeluar peranti wearable pintar yang ada kaitan dengan Xiaomi. Mereka terkenal dengan penawaran produk pada harga yang amat murah berbanding produk pesaing yang setara. Contohnya, Amazfit Bip adalah penjejak aktiviti ber-GPS antara yang termurah dalam pasaran, pada harga kurang daripada RM250.

Mereka kini hadir dengan produk terbaru yang dinamakan Amazfit Verge. Ia masih mewarisi ciri-ciri menarik Bip tapi dengan beberapa manfaat yang ketara kerana jam tangan ini lebih kepada jam tangan pintar berbanding penjejak kecerdasan.



Hal ini kerana, ia dilengkapi sejumlah sensor, antaranya adalah:

  • GPS+GLONASS
  • penjejak nadi
  • akselerometetr
  • giroskop
  • barometer
  • magnetometer
  • NFC

Lebih menarik, ia hadir bersama-sama speaker dan mikrofon untuk digunakan bersama pembantu maya Xiao AI. NFC pula akan diguna dalam fungsi pembayaran nirtunai AliPay yang. Kedua-dua fungsi AliPay dan Xiao AI tentunya tidak boleh digunakan oleh pengguna di luar China.



Tapi, selain daripada dua perkara itu, ia adalah sebuah jam tangan yang tinggi potensinya. Pada mukanya, anda boleh menemui skrin AMOLED 1.30″ pada resolusi 360×360.

Disebalik skrin itu, terdapat CPU 1.2GHz dengan RAM seluas 512MB dan storan terbina 4GB yang mengandungi sistem operasi Amazfit OS.

Pada sudut bateri, ia mampu berkhidmat selama 5 hari berbekalkan bateri sebesar 390mAh sahaja.

Amazfit Verge dijual di China pada harga RMB 800 (RM 483) dan tidaklah diketahui sama ada akan terdapat versi antarabangsa kelak.

Tags: amazfitAmazfit Bipamazfit malaysiaamazfit vergeamazfit verge malaysiaamazfit verge murahharga amazfit vergejam tangan pintarpelancaran amazfit vergereview amazfit vergespesifikasi amazfit vergetempahan amazfit vergewearable
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

20 November 2025
Produk Wearable Amazfit Terbaru Ini Ada Wi-Fi Dan Bateri Tahan Sehingga 5 Hari

Produk Wearable Amazfit Terbaru Ini Ada Wi-Fi Dan Bateri Tahan Sehingga 5 Hari

18 September 2018
Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

17 November 2025
KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

21 November 2025
SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

16 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER