Diumumkan pada hujung bulan Ogos yang lalu, Nikon tanpa berlengah, membawa masuk kedua0dua Nikon Z7 dan Z6 masuk ke Malaysia dengan gayanya. Ini inisiatif kedua Nikon untuk menembusi pasaran kamera mirrorless selepas siri Nikon J1 yang terkubur begitu sahaja suatu ketika dahulu.
Sudah tentu Nikon tidak mahu mengulangi kesilapan lampau, maka mereka membangunkan Nikon Z7 dan Z6 yang sarat dengan ciri-ciri flagship. Jadi, terhasillah kamera mirrorless pertama Nikon dengan sensor full frame.
Nikon Z7
Membantu sensor 47 megapiksel yang dimilikinya adalah CPU Expeed 6 yang memberi kemampuan tangkapan selanjar sehngga 9fps. ISO natif yang disokongnya adalah antara 64 hingga 25,600 dan boleh di-boost menjadi 32 hingga 102,400.
Turut terbina padanya adalah penstabil imej menggunakan teknologi anjakan sensor (sensor shift) yang memberikan kestabilan sehingga 5-stop, sama seperti Sony A7 III.
Pada jabatan autofokus, Z7 menggayakan 493 titik fokus yang bertebaran diseluruh permukaan sensor tapi ketiadaan dual piksel autofokus saya rasakan kamera ini masih berada di belakang Sony A7 III.
Nikon Z7 mampu merakam video 4K pada kadar sehingga 30 fps atapun 1080p pada kadar sehingga 120 fps. Tapi, kamera ini sudah tentu bukan dambaan vlogger dek paparan digitalnya yang tidak boleh dikilas menghadap subjek semasa merakam.
Satu lagi pembaharuan yang dibawakan Nikon berbanding produk mereka yang lain adalah pengenalan sistem lensa yang baru, Nikon Z. Disebabkan bnadan yang kompak, Nikon boleh menumpukan pada penambahbaikan bahagian optik kamera ini seperti penggunaan kaki lensa berdiameter yang besar serta jarak fokal yang pendek bagi menyumbang pada kualiti gambar yang lebih baik.
Ini mungkin berita yang kurang baik untuk jurugambar hobi kerana Z7 menggunakan medium storan XQD dan bukannya kad SD seperti norma. Kelebihan XQD berbanding SD adalah ia memiliki kepntasan perpindahan data yang pantas, secara teorinya sehingga 8 gigabit/saat berbanding 0.985 gigabit/saat.
Nikon Z6
Nikon Z6 adalah saudara yang lebih lite pada Z7 tapi tidak bermakna ia perlu dipandang enteng. Ia memiliki rupa paras yang serupa dengan Z7 malah mereka berkongsi sebahagian besar spesifikasi teknikal.
Tapi beberapa perbezaan antara kedua-duanya adalah seperti:
- Sensor imej dengan bilangan piksel lebih rendah iaitu 28MP
- Iso natif antara 100 dan 51,200 (boost 50-204,800)
- Bilangan titik fokal lebih rendah iaitu 273
Lensa Nikon Z
Bersama-sama dengan sistem baru, Nikon turut memperkenalkan beberapa lensa yang boleh dipadankan dengan siri Z yang baru. Sebagai permulaan mereka melancarkan tiga Nikkor Z untuk tahun ini iaitu:
- 35mm F1.8
- 50mm F1.8
- 24-70mm F4
Menjelang 2020, Nikkor R akan mempunyai sekurang-kurangnya 12 ahli untuk digunakan bersama-sama sysmte Nikon Z.
Tapi anda masih boleh menggunakan lensa-lensa Nikon sedia ada dengan penggunaan adapter yang sesuai.
Harga
Nikon Z7 akan mula dijual penghujung september ini pada harga bermula RM14,688 (badan sahaja). Kamera yang dihimpunkan bersama kit lens 24-70mm F4 pula dijual pada harga RM17,858.
Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut