• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

WhatsApp Beta sedang uji ciri username unik untuk gantikan nombor telefon

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:41 pm
  • 26/05/2023
  • Komen
WhatsApp Beta sedang uji ciri username unik untuk gantikan nombor telefon
Share on FacebookShare on Twitter

Buat pengguna WhatsApp Android yang menyertai program ujian Beta, aplikasi permesejan itu ada versi baharu untuk anda cuba iaitu WhatsApp 2.23.11.15 dan ia membawakan ciri baharu iaitu pengguna boleh memilih nama pengguna (username) untuk mewakili profil.

Ciri yang sedang diuji ini adalah baik kerana ia menambah satu lagi lapisan keselamatan terhadap nombor telefon pengguna. Username adalah unik kepada pengguna dan boleh dikongsikan sebagai kaedah perhubungan sekiranya pengguna tidak selesa untuk berkongsi nombor telefon.



Apabila pengguna telah menaik taraf apliaksi WhatsApp Beta mereka, ciri memilih username berada di dalam ruangan Profile. Seperti yang dimaklumkan, kemudahan ini masih berada dalam fasa beta dan berikan pembangun sedikit masa untuk menerbitkannya dalam aplikasi versi penuh.

Kali terakhir WhatsApp mengumumkan fungsi baharu dalam versi penuh adalah hujung Mei 2023. Ciri yang dilancarkan adalah menyunting dalam tempoh 15 minit selepas dihantar. Penambahan ciri ini sudah tentu akan memudahkan pengguna jika terdapat kesilapan pada di mesej yang dihantar. Sehingga sekarang pengguna hanya ada pilihan untuk memadam mesej atau menghantar mesej pembetulan yang baru sahaja.



Untuk melakukannya, anda boleh tekan lama pada mesej yang ingin diubah dan tekan pilihan ‘Edit’. Mesej yang diubah akan ditanda ‘edited’ di sebelah tanda masa dan orang yang dimesej boleh melihat tanda tersebut. Jadi mereka akan sedar mesej telah diubah, tapi tidak akan nampak versi mesej sebelum diedit. Berbeza dengan Facebook. Orang ramai boleh melihat mesej asal yang telah diubah, walaupun banyak kali diubah.

Sumber: WhatsApp

Bacaan berkaitan

WhatsApp tambah ciri edit mesej, tapi ada masa had selepas dihantar

Ciri baharu Whatsapp: Kata laluan untuk mesej anda yang paling peribadi

Whatsapp kini boleh digunakan di 4 telefon serentak, dengan syarat telefon utama mesti aktif dalam 14 hari

Tags: whatsapp
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

30 December 2025
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025
WhatsApp Beta sedang uji ciri username unik untuk gantikan nombor telefon

WhatsApp Beta sedang uji ciri username unik untuk gantikan nombor telefon

26 May 2023
RedMagic 11 Air rasmi di Malaysia dengan Snapdragon 8 Elite & bateri 7,000mAh, dari RM2,499

RedMagic 11 Air rasmi di Malaysia dengan Snapdragon 8 Elite & bateri 7,000mAh, dari RM2,499

30 January 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER