• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung BESPOKE Refrigerator: Peti sejuk pintar dan jimat tenaga, kini ada pembeku di atas

  • OLEH Najib
  • 7:29 pm
  • 01/06/2023
  • Komen
Samsung BESPOKE Refrigerator: Peti sejuk pintar dan jimat tenaga, kini ada pembeku di atas
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung Malaysia telah melancarkan barisan baru untuk peti sejuk warna warni mereka, BESPOKE Refrigerator 2 pintu dengan pilihan peti beku di atas. Sebelum ini, mereka menyediakan pilihan BESPOKE Refrigerator satu pintu dan BESPOKE Refrigerator 2 pintu dengan peti beku di bawah.

Harga BESPOKE Top Mount Freezer Refrigerator

Terdapat tiga kapasiti disediakan untuk peti sejuk baru Samsung BESPOKE ini iaitu 404L, 427L dan 476L. Warna pula datang dalam 7 pilihan. Harga rasminya di Malaysia adalah seperti berikut:



  • BESPOKE Top Mount Freezer Refrigerator 404L – RM3,199
  • BESPOKE Top Mount Freezer Refrigerator 427L – RM3,199
  • BESPOKE Top Mount Freezer Refrigerator 476L – RM3,399

Bagi memberi ketenangan minda kepada pengguna, Samsung Malaysia memberi jaminan selama 20 tahun untuk “Digital Inverter Compressor” peti sejuk ini. Jika berminat untuk melihat-lihat dahulu, anda boleh berkunjung ke Stor Premium Samsung x Senheng, yang terletak di The Shoppes, Four Seasons Place bersebelahan Suria KLCC.

Lebih segar dan lebih besar

Seperti namanya, peti sejuk mestilah menjadi tempat penyimpanan yang sejuk. Dengan teknologi Optimal Fresh+, ia memastikan makanan yang disimpan di dalam kekal segar dua kali lebih lama berbanding peti sejuk biasa. Perkara ini penting untuk makanan seperti daging mentah, sayur-sayuran dan buah-buahan.



Badan peti sejuk ini juga lebih nipis daripada peti sejuk biasa. Ia menggunakan teknologi SpaceMax, iaitu bahan penebat tinggi untuk memberi ruang luas sehingga 20L lebih besar di dalam.

Peti sejuk pintar cekap tenaga

Samsung membolehkan peti sejuk BESPOKE ini berhubung dengan peranti menerusi aplikasi Samsung SmartThings. Ia membolehkan pengguna memantau beberapa perkara seperti mod Penyejukan Pantas, mengubah suhu serta menerima amaran jika pintu tidak ditutup. Ia juga boleh membuat pemeriksaan jika ada masalah.

Lebih baik lagi, pengguna boleh menjimatkan tenaga dengan fungsi SmartThings Energy. Ia memberi tip kepada pengguna untuk menjimatkan tenaga, serta memberi maklumat tentang berapa tenaga telah digunakan. Malah, ia juga boleh memberi amaran jika melebihi had yang ditetapkan.

Untuk mengenali dengan lebih lanjut, layari laman Samsung BESPOKE Refrigarator.

Bacaan Berkaitan

  • Samsung Neo QLED 2023: Barisan TV QLED tercanggih dengan resolusi 8K tiba di Malaysia
  • Samsung Galaxy A24 diberi warna baru, ada promosi dengan setiap pembelian
  • Galaxy Tab Active 4 Pro, tablet sangat tahan lasak dilengkapi S Pen dan boleh hidup tanpa bateri
Tags: samsungSamsung BESPOKESamsung BESPOKE refrigerator
Najib

Najib

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

6 February 2026
Samsung BESPOKE Refrigerator: Peti sejuk pintar dan jimat tenaga, kini ada pembeku di atas

Samsung BESPOKE Refrigerator: Peti sejuk pintar dan jimat tenaga, kini ada pembeku di atas

1 June 2023
Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

5 February 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

9 February 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER