Anda selalu bersenam tapi tak gunakan penjejak kecergasan? Rugi tau sebab ada pelbagai pilihan gelang pintar untuk jejak kecergasan yang anda boleh beli pada harga bawah RM250 sahaja. Nak tahu tak jenama apa yang masuk dalam senarai? Jom teruskan baca artikel ini.
1. Xiaomi band 8
Yang pertama dalam senarai adalah Xiaomi Band 8. Ia ada rupa yang cantik berbentuk pil yang nampak elegan. Ia menggunakan skrin AMOLED 1.62 inci dan kecerahan sehingga 600 nits, serta ada sensor cahaya ambient yang boleh ubah kecerahan automatik mengikut persekitaran.
Xiaomi band 8 juga menawarkan lebih 150 mod kecergasan, ciri pemantauan berterusan kadar denyutan jantung, oksigen dalam darah dan tidur REM. Tapi kan, lagi menarik, jam ni boleh dijadikan sebagai loket tracker yang anda boleh letak di tali kasut untuk menjejak data larian secara terperinci dan lagi tepat.
Untuk bahagian bateri, ia mampu tahan lama sehingga 16 hari dengan penggunaan kasual dan kalis air 5ATM.
Anda boleh dapatkannya di Lazada dan Shopee.
2. Huawei Band 8
Kedua, sebuah jam bernama Band 8 juga, tapi kali ni dari Huawei iaitu Huawei Band 8. Ia merupakan sebuah band kecil yang berbentuk segi empat tepat dengan menggunakan skrin sentuh 1.47 inci AMOLED. Jam ni juga sangat ringan dengan berat 14g sahaja.
Untuk keperluan bersukan, jam memang dapat memenuhi keperluan anda dalam menjejak kecergasan dan kesihatan harian anda kerana terdapat sensor seperti ukur SpO2, degupan jantung dan boleh pantau tidur. Bukan itu sahaja, ada juga ciri untuk ukur tahap tekanan perasaan dan memiliki lebih 100 mod kecergasan macam berlari, berbasikal dan berenang.
Walaupun dengan badan yang kecil, band ni ada bateri yang boleh tahan sehingga 9 hari dalam penggunaan biasa. Nak cas penuh pun laju, ambil masa 45 minit je. Ia boleh dihubungkan ke aplikasi Huawei Health.
Anda boleh dapatkannya di Lazada dan Shopee.
3. Oppo Band 2
Rupa Oppo Band 2 ini tidak menampakkan ia seperti band pun, nampak lebih mirip kepada jam pintar. Ia memiliki skrin 1.57 AMOLED dan kecerahan sampai 500 nits.
Yang membuatkan Oppo band 2 ni berada dalam kelasnya tersendiri, ia boleh merekod data tenis. Untuk pemain tenis profeisonal, ia boleh bantu untuk rekod pelbagai data macam pukulan tenis, pukulan kilas, serta kelajuan pukulan. Untuk larian pula, ia menawarkan 13 kursus larian dalam jam. Tapi ini tidak bermaksud ia tidak dilengkappi mod-mod kecergasan lain. Oppo Band 2 menyokong lebih 100 mod kecergasan seperti berbasikal, berenang, yoga dan banyak lagi. Tambahan pula, ada juga ciri kesihatan pantau tidur, oksigen dalam darah dan degupan jantung.
Jam ini boleh memberi masa penggunaan sehingga 14 hari dalam penggunaan biasa. Nak cas pun laju, 5 minit cas saja beri masa penggunaan 24 jam. Oh tak lupa juga, ia ada kalis air 5ATM.
Anda boleh dapatkannya di Lazada dan Shopee.
4. Amazfit Band 7
Amazfit Band 7 boleh dilihat seperti gelang pintar biasa, tapi ia dilengkapkan dengan banyak ciri yang menarik. Kita mulakan dengan bahagian skrin. Ia ada skrin sentuh 1.47 inci berpanelkan AMOLED dan kaca anti cap jari.
Selain itu, Amazfit Band 7 ini merupakan satu-satunya fitness band dalam senarai yang mempunyai ciri pembantu Alexa terbina. Jadi kalau anda perlu untuk menetap alarm atau bertanyakan apa-apa soalan, boleh sahaja panggil Alexa. Selain itu, tak lengkaplah sebuah fitness band kalau tiada ciri kecergasan betul tak? Oleh itu ia ada lebih 120 mod berbeza dan lebih-lebih lagi ada ciri ExerSense dimana ia boleh kesan sukan yang anda lakukan tanpa anda buka jam.
Ada juga ciri pantau degupan jantung, oksigen darah dan tidur. Tapi menariknya ia boleh menjejak pernafasan ketika anda tidur. Jam amazfit ini menjalankan sistem operasi Zepp OS dan boleh dihubungkan ke aplikasi Zepp.
Anda boleh dapatkannya di Lazada dan Shopee.
5. Honor Band 7
Yang terakhir dalam senarai ialah Honor Band 7. Ia telah dilancarkan pada awal tahun 2023. Ia menampilkan skrin segi empat berukuran 1.47 inci AMOLED dan mempunyai berat hanya 18g. Untuk buka dan kunci skrin jam, ada satu butang di bahagian sisi badan jam.
Untuk menjejak kesihatan pemakai, ia dilengkapi dengan ciri pantau oksigen darah dan degupan jantung berterusan. Honor Band 7 ini boleh mengesan jika anda mempunyai masalah jantung laju atau oksigen darah rendah. Ia juga boleh pantau tidur anda dan pantau kitaran fisiologi wanita. Mod sukan pula dilengkapkan sebanyak 96 mod yang boleh mengukur data sukan seperti jarak, masa dan kalori terbakar.
Masa penggunaannya bertahan sehingga 14 hari dan ada kekalisan air 5ATM untuk berikan anda fleksibiliti untuk anda bersukan dalam air.