• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

CelcomDigi Fibre perkenal pelan lebih laju sehingga 1Gbps, paling sesuai dengan pelan pascabayar

  • OLEH Najib
  • 2:48 pm
  • 28/06/2023
  • Komen
CelcomDigi Fibre perkenal pelan lebih laju sehingga 1Gbps, paling sesuai dengan pelan pascabayar
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas CelcomDigi bergabung, produk pertama yang dilancar mereka adalah pelan jalur lebar tetap CelcomDigi Fibre. Ia ditawarkan dengan kelajuan sehingga 300Mbps dan rebat sehingga RM50 jika dilanggan bersama pelan pascabayar Celcom atau Digi. Kini CelcomDigi menyediakan pelan yang lebih pantas kepada pelanggan, sehingga 1 Gbps.

Sebelum ini, pelan yang ditawarkan berkelajuan 50Mbps, 100Mbps dan 300Mbps. Pelan baru yang ditambah ke dalam pelan CelcomDigi Fibre adalah 500Mbps, 800Mbps dan 1Gbps. Harga semua pelan CelcomDigi Fibre kini adalah seperti berikut:



  • Fibre 50Mbps – RM90
  • Fibre 100Mbps – RM120
  • Fibre 300Mbps – RM150
  • Fibre 500Mbps – RM219
  • Fibre 800Mbps – RM299
  • Fibre 1Gbps – RM319

Jika anda pelanggan pascabayar Celcom atau Digi yang layak dan menggunakan pelan pascabayar berharga RM90 ke atas, anda boleh menikmati rebat RM50 untuk pelan CelcomDigi Fibre.

Bagi pengguna pelan pascabayar Celcom atau Digi berharga antara RM60 ke RM89, diskaun yang diberikan sebanyak RM30 jika melanggan pelan CelcomDigi. Contohnya, pelan 1Gbps hanya RM289 selepas diskaun, manakala pelan 800Mbps menjadi RM269 dan pelan 500Mbps pula RM189 sebulan.



Semua pelan CelcomDigi Fibre datang bersama kuota tanpa had, router WiFi 6 percuma, IP dinamik dan pemasangan percuma. Tawaran ini bertambah menarik untuk pelan 300Mbps dan ke atas kerana pelanggan boleh membeli perkakas tambahan secara ansuran bulanan, seperti TV pintar, pembersih udara dan konsol PlayStation 5.

Selain itu, perlu diketahui bahawa jika pelanggan mahu menamatkan langganan CelcomDigi Fibre sebelum kontrak tamat, mereka perlu membayar sekurang-kurangnya yuran pembatalan RM500 atau baki nilai kontrak (jumlah bulan X harga pelan), yang mana lebih tinggi. Ringkasnya, ia sama membayar jumlah baki pelan seperti tidak perlu langsung tamatkan kontrak. Bayar tapi tak guna.

Untuk maklumat lanjut, layari laman we CelcomDigi Fibre.

Bacaan Berkaitan

  • CelcomDigi Fibre, pelan jalur lebar tetap tawar diskaun sangat menarik untuk pelanggan dan bukan pelanggan
  • Akses 5G percuma CelcomDigi dilanjut sebulan lagi, lancar pas 5G Booster dengan kuota tambahan
  • Celcom lancar prabayar Xpax Unlimited 40, internet 4G/5G tanpa had dengan kelajuan 3Mbps
Tags: celcomCelcomDigiCelcomDigi Fibredigi
Najib

Najib

POPULAR

Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
CelcomDigi Fibre perkenal pelan lebih laju sehingga 1Gbps, paling sesuai dengan pelan pascabayar

CelcomDigi Fibre perkenal pelan lebih laju sehingga 1Gbps, paling sesuai dengan pelan pascabayar

28 June 2023
Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

3 July 2026
LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

29 June 2026
Proton S70 dipilih sebagai Teksi Madani, wajah baharu teksi Malaysia dilengkapi JPJePlate

Proton S70 dipilih sebagai Teksi Madani, wajah baharu teksi Malaysia dilengkapi JPJePlate

3 July 2026
WhatsApp mula perkenalkan ciri ‘username’, ini cara tempah nama pilihan anda

WhatsApp mula perkenalkan ciri ‘username’, ini cara tempah nama pilihan anda

30 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN