• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Starlink terima pengecualian khas kerajaan untuk masuki Malaysia, kenapa?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 2:38 pm
  • 25/07/2023
  • Komen
Starlink terima pengecualian khas kerajaan untuk masuki Malaysia, kenapa?
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas Tesla, kini Starlink pula yang viral dalam Malaysia. Mana taknya, 40 unit Starlink telah ditempah oleh kerajaan PM Anwar Ibrahim selepas telesidang yang berlangsung tak sampai 30 minit pada 14 Julai 2023. Walau bagaimanapun, ia menimbulkan tanda tanya kerana sewaktu tempahan diumumkan, Starlink masih belum menerima apa-apa kebenaran untuk beroperasi di sini.

Starlink boleh dilanggan sekarang di Malaysia, RM220 sebulan dengan kelajuan sehingga 100Mbps



Pada 22 Julai 2023, kerajaan mengumumkan SKMM memberikan lampu hijau untuk Starlink masuki Malaysia secara rasmi. Rupa-rupanya pada 17 Julai 2023, syarikat yang bertanggung jawab membawa masuk produk itu ke Malaysia telah menerima lesen.

Produk Starlink dibawa masuk oleh syarikat yang bernama Starlink Internet Services Malaysia Sdn. Bhd. dan diberikan lesen Network Facility Provider dan Network Service Provider (NFP/NSP) pada 17 Julai 2023 dengan tempoh sah selama 10 tahun Ia membolehkan Starlink ditawarkan secara komersial di Malaysia.



Namun, ada sesuatu yang perlu anda tahu. Melalui carian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), kita boleh tahu yang Starlink Internet Services Malaysia Sdn. Bhd. dimiliki sepenuhnya oleh entiti luar atau lebih tepat semua 100% 500,000 unit saham dimiliki Starlink Holdings Netherlands. Perkara ini sepatutnya tidak berlaku kerana undang-undang Malaysia menetapkan yang mana-mana pemegang lesen NFP/NSP yang beroperasi di sini, had pemilikian luar adalah tidak melebihi 49%, kecualilah dengan kebenaran khas.

Menurut SKMM,

“The present position in assessing such requests is to firstly look at the applicant’s organisational set-up, global presence and decision-making structure. Policy considerations include a review of the applicant’s “Malaysia Digital” status, the country’s commitments in any free trade agreement with the country of origin of the applicant, and the direct and indirect benefits the applicant can bring into Malaysia. Views from all other relevant agencies and Ministries are also given due consideration.”

SKMM beri lampu hijau untuk Starlink beroperasi di Malaysia, apa syaratnya?

Selepas penilaian selesai, SKMM membenarkan Starlink Internet Services Malaysia Sdn. Bhd. beroperasi seperti biasa tanpa perlu memberikan 51% pegangan kepada orang tempatan. Kemasukan Starlink ke Malaysia sendiri menimbulkan tanda tanya kerana kita sudahpun ada ConnectMe Now yang menyediakan perkhidmatan hampir sama. Kenapa perlu pelawa entiti luar masuk tanpa beri peluang kepada pemain tempatan?

Bacaan berkaitan

Anwar Ibrahim sembang dengan Elon Musk, ini intipati yang perlu anda tahu

UiTM akan terima 10 unit Starlink, kampus yang dinyatakan sudahpun ada Unifi

Tags: Starlink
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

18 September 2025
BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

24 September 2025
Starlink terima pengecualian khas kerajaan untuk masuki Malaysia, kenapa?

Starlink terima pengecualian khas kerajaan untuk masuki Malaysia, kenapa?

25 July 2023
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER