• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tatacara Penamaan Wi-Fi Diubah, Wi-Fi AC Kini Dipanggil Wi-Fi 5

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:49 am
  • 05/10/2018
  • Komen
Tatacara Penamaan Wi-Fi Diubah, Wi-Fi AC Kini Dipanggil Wi-Fi 5
Share on FacebookShare on Twitter

Wi-Fi Alliance hari ini mengumumkan piawian Wi-FI baru yang dikenali sebagai Wi-Fi 6 untuk menggantikan Wi-Fi 802.11ac yang berusia lebih 5 tahun.

Bersama-sama pengenalan Wi-Fi 6 mereka turut mengumumkan perubahan pada tatacara penamaan Wi-Fi dan ia melibatkan WI-Fi N dan keatas. Mulai sekarang Wi-Fi N dikenali sebagai Wi-Fi 4 dan Wi-Fi AC kini dipanggil Wi-Fi 5.



Seperti biasa beberapa penambahbaikkan dibawakan piawian baru ini berbanding yang lama. Antaranya adalah:

  • Perpindahan data yang lebih pantas
  • Keluasan jalur lebih tinggi
  • Prestasi yang baik walau rangkaian di tahap tepu
  • Kecekapan tenaga yang lebih baik

Teknologi OFDMA pada Wi-Fi 6 tambah baik kecekapan perpindahan data berbanding OFDM



Kesemua manfaat ini digarap demi menampung permintaan pengguna terhadap capaian Internet yang lebih pantas. Berikut adalah beberapa manfaat dunia sebenar kelak:

  1. Rangkaian Wi-Fi kediaman akan menikmati sambungan wayarles yang lebih utuh untuk melayani kandungan 4K serta masalah interferes gelombang yang minimum
  2. Sistem hiburan dalam kenderaan turut mampu ditambah baik apabila latensi dikurangkan dengan penggunaan teknologi OFDMA (orthogonal frequency division multiple access)
  3. Pejabat dengan staff yang ramai boleh menikmati Wi-FI tanpa gangguan dengan adanya tenkologi pengisyaratan MAC yang lebih baik.
  4. Lapangan e-Learning turut menikmati manfaat latensi minimum kesan OFDMA untuk menggunakan teknologi AR/AR dalam pembelajaran.
  5. Di lokasi berkepadatan tinggi seperti stadium, pengalaman Wi-Fi pengguna ditambah baik kesan kawal selia klien yang lebih baik pada piawaian Wi-FI 6

Wi-Fi Alliance adalah sebuah organisisi bukan berasaskan keuntungan yang ditubuhkan untuk mengawal selia teknologi Wi-Fi. Ia dianggotai lebih 550 syarikat dan antara nama besar di dalamnya adalah seperti Apple dan Microsoft.

[Sumber: Wi-FI Alliance]

Tags: wayarlesswi-fiwi-fi 6wifiwifi 6
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Tatacara Penamaan Wi-Fi Diubah, Wi-Fi AC Kini Dipanggil Wi-Fi 5

Tatacara Penamaan Wi-Fi Diubah, Wi-Fi AC Kini Dipanggil Wi-Fi 5

5 October 2018
CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

30 July 2026
Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

27 July 2026
Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

25 July 2026
Samsung lancar Galaxy A07 5G, telefon 5G bajet dengan sokongan OS 6 tahun

Samsung umum kenaikan harga untuk Galaxy A17 dan Galaxy A07 di Malaysia

27 July 2026
Facebook Verified: Ini perkara anda perlu tahu tentang lencana percuma baru Meta

Facebook Verified: Ini perkara anda perlu tahu tentang lencana percuma baru Meta

27 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN