• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

City Broadband tawar Pakej Perpaduan Allo, jalur lebar 100Mbps pada RM69

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:35 am
  • 28/07/2023
  • Komen
City Broadband tawar Pakej Perpaduan Allo, jalur lebar 100Mbps pada RM69
Share on FacebookShare on Twitter

City Broadband, jenama jalur lebar yang dimilki Allo Technology Sdn. Bhd. (Allo) telah melancarkan Pakej Perpaduan Allo. Subsidiari kepada Tenaga Nasional Berhat (TNB) itu menawarkan jalur lebar 100Mbps pada harga RM69 sahaja. Ia adalah antara yang termurah dalam pasaran setakat ini. Penawaran ini diadakan bagi menyambut baik inisiatif SKMM untuk menyediakan capaian Internet lebih mampu milik kepada golongan tertentu.

Hal ini kerana, pengguna yang ingin melanggan Pakej Perpaduan Allo mestilah tergolong dalam salah satu daripada kategori ini:



  • Warga Malaysia berumur 60 tahun ke atas
  • Warga Malaysia kelainan upaya (OKU)
  • Warga Malaysia di bawah kategori B40
  • Pesara tentera ataupun agensi penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)

Pakej Perpaduan Allo boleh dilanggan oleh pengguna baharu dan serta pelanggan sedia ada. Sekiranya pelanggan sedia ada didapati layak, pihak penyedia perkhidmatan akan menghubungi pelanggan tersebut untuk penawaran. Satu maklumat yang anda perlu tahu adalah tawaran in hadir bersama-sama kontrak 24 bulan.

Sekiranya anda tak layak sekalipun, Allo ada menawarkan pelan lain dengan kriteria lebih longgar. Contohnya, mereka sedang menjalankan promosi pelan 100Mbps pada harga RM89/bulan serta 300Mbps pada harga RM99/bulan. Pelanggan menikmati harga promo untuk 12 bulan pertama sebelum komitmen bulanan kembali kepada masing-masing RM99 dan RM129.



Lagi perkara menarik anda perlu tahu tentang Allo adalah ia menawarkan pelan 1Gbps pada harga termurah iaitu RM199/bulan bersama-sama dengan TIME. Masalahnya adalah, cakupan servis Allo agak terhad. Anda boleh periksa cakupan perkhidmatan di pautan ini.

Untuk Pakej Perpaduan Allo, anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Sumber: Gambar Pemuka

Bacaan berkaitan

Pelan 100Mbps termurah akan ditawarkan TNB Allo & City Broadband?

Tags: AlloJalur lebarSKMMTNB
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

24 December 2025
City Broadband tawar Pakej Perpaduan Allo, jalur lebar 100Mbps pada RM69

City Broadband tawar Pakej Perpaduan Allo, jalur lebar 100Mbps pada RM69

28 July 2023
Siri Oppo Reno 15 tiba di Malaysia dengan kamera 200MP & bateri 7,000mAh, dari RM1,499

Siri Oppo Reno 15 tiba di Malaysia dengan kamera 200MP & bateri 7,000mAh, dari RM1,499

6 January 2026
Yes perkenal Jalur Lebar 5g advanced pertama di Malaysia, datang bersama percuma iQIYI satu tahun

Yes perkenal Jalur Lebar 5g advanced pertama di Malaysia, datang bersama percuma iQIYI satu tahun

13 January 2026
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER