• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Telco Allo

Pelan 100Mbps termurah akan ditawarkan TNB Allo & City Broadband?

  • OLEH Najib
  • 11:16 am
  • 27/07/2023
  • Komen
Pelan 100Mbps termurah akan ditawarkan TNB Allo & City Broadband?
Share on FacebookShare on Twitter

Jika ada syarikat yang boleh meluaskan capaian internet dengan cepat di Malaysia selain Telekom Malaysia (TM), ia adalah Tenaga Nasional Berhad (TNB) menggunakan jaringan grid tenaga mereka. Menerusi syarikat subsidiari milik penuhnya, Allo Technology Sdn Bhd (Allo), mereka menawarkan perkhidmatan jalur lebar tetap kepada pengguna melalui City Broadband.

Menerusi satu utusan terbaru di Facebook rasminya, City Broadband dilihat mahu memberi petunjuk bahawa akan ada perkara menarik akan datang pada 28 Julai 2023. Pada gambaran yang diberikan, ia menyatakan 100Mbps hanya RM, tetapi tidak pula menunjukkan sepenuhnya harga tersebut.



Perkara ini mungkin membawa kepada dua perkara. Pertama adalah City Broadband mahu mengadakan promosi untuk pelan 100Mbps untuk masa terhad. Kedua mereka mahu melancarkan pelan 100Mbps dengan harga baru yang lebih rendah daripada sekarang.

Buat masa ini, City Broadband menawarkan pelan jalur lebar tetap 100Mbps pada harga RM99/bulan, pelan 300Mbps berharga RM129/bulan, pelan 500Mbps RM139/bulan dan pelan 1Gbps hanya RM199/bulan. Mereka sedang mengadakan promosi Raya yang memberikan diskaun sehingga RM30 selama 12-bulan untuk pelan 100Mbps dan 300Mbps.



sumber

Bagaimanapun, liputan City Broadband masih sangat terhad berbanding Unifi. Semakan liputan di laman web City Broadband menunjukkan, ia masih tiada liputan di Kuala Lumpur dan Selangor, hanya terdapat di Cyberjaya. Selain itu, mereka terdapat di beberapa lokasi di Perak, Kedah, Pulau Pinang, Melaka dan Johor.

Tahun lepas, TNB menyatakan mahu meluaskan capaian internet kepada 300,000 premis menjelang akhir tahun 2022. Mereka telah menghubungkan lebih 200,000 premis di enam negeri pada awal tahun 2022.

Untuk perbandingan, pelan jalur lebar termurah buat masa ini dari TIME Internet adalah 100Mbps RM99/bulan. Manakala di TM Unifi dan Maxis Home Fibre adalah 30Mbps RM89/bulan. CelcomDigi Fibre pula ada pelan 50Mbps berharga RM90/bulan.

Kerajaan Malaysia pada awal tahun ini telah melancarkan Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap bersama beberapa telco, menawarkan pelan 30Mpbs tanpa had pada harga RM69/bulan untuk keluarga B40 dan golongan terpilih. TIME pula menawarkan pelan MyKabel 100Mbps hanya RM69/bulan tetapi hanya di kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR) terpilih.

[Sumber: City Broadband]

Bacaan Berkaitan

  • TIME lancar MyKabel, pelan 100Mbps hanya RM69 tetapi khas di lokasi B40 ini sahaja
  • Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap tawar Internet 30Mbps pada RM69/bulan
  • TNB mahu 300,000 premis dipasang jalur lebar tetap Allo tahun ini
  • Internet Broadband Dari TNB Akan Ditawarkan Pada Harga Serendah RM79
Tags: AlloCity Broadband
Najib

Najib

POPULAR

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

8 May 2026
Pelan 100Mbps termurah akan ditawarkan TNB Allo & City Broadband?

Pelan 100Mbps termurah akan ditawarkan TNB Allo & City Broadband?

27 July 2023
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026
iQoo Z11 5G & Z11x 5G Malaysia: Dilengkapi bateri besar 9,020mAh & skrin pantas 144Hz

iQoo Z11 5G & Z11x 5G Malaysia: Dilengkapi bateri besar 9,020mAh & skrin pantas 144Hz

6 May 2026
Infinix GT 50 Pro dilancar dengan sistem penyejukan cecair HydroFlow & Dimensity 8400 Ultimate

Infinix GT 50 Pro dilancar dengan sistem penyejukan cecair HydroFlow & Dimensity 8400 Ultimate

5 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN