Powerbank hari ini adalah satu perkara biasa. Anda bawanya ke hulu ke hilir sebagai persediaan sekiranya telefon kehabisan tenaga di penghujung hari. Remax jadikan satu perkara biasa kepada luar biasa. Pertama kali saya lihat powerbank dalam badan berbentuk kaset dan ia adalah sesuatu yang genius.
Genius kerana ia bukan sahaja praktikal daripada segi kegunaannya sebagai pembekal tenaga malahan tugasnya tidak terhalang dek rekaan estetikanya. Saiznya amat mirip saiz sebenar kaset yang kita guna untuk dengar muzik 90-an dulu.
Ukuran panjang dan lebarnya masing-masing 108.5mm dan 76mm. Sebagai perbandingan, dimensi kaset adalah 100mm kali 83mm. Jadi, pastinya ia akan mencuit nostalgia anda bila memegangnya. Produk ini malah hadir dengna kotak kaset dan manualnya direka seperti kertas lirik yang biasa hadir bersama kaset.
Berbalik kepada fungsinya sebagai powerbank, pengeluarnya mengatakan yang ia adalah sebua powerbank berkapasiti 10,000mAh. Dua penyambungan disembunyikan secara kemas di bahagian sisi unit iaitu sambungan Lightning dan Android. Disamping dua kabel tersedia, ia juga ada 2 lagi port USB-C dan 1 USB-A untuk digunakan bersama kabel luar.
Kapasiti bateri dipamerkan menerusi skrin LCD yang berada di antara port penyambung ataupun lampu LED yang berada di antara gelendong pita. Ia mampu mengecas pada kelajuan maksimum 22.5W.
Melalui carian ringkas di Shopee, saya gagal menemui produk ini dijual di Malaysia. Anda ada maklumat?