Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia kini sedang menjalankan soal selidik Kajian Kualiti Pengalaman Jalur Lebar 2023 (BQoES 2023). Objektifnya adalah untuk mengetahui tahap kepuasan hati pengguna jalur lebar di Malaysia. Ia dijalankan sehingga 31 Disember 2023 ini dan sesiapa sahaja yang berusia 15 tahun ke atas boleh menyertainya.
https://survey.skmm.gov.my/efm/se/6D5CBBB63C1A6273
Kaji selidik ini adalah sekarela dan sekiranya anda berminat untuk menyertainya, sebanyak 16 halaman pelbagai soalan perlu anda isi.
Daripada maklum balas netizen di saluran Facebook SKMM, rata-rata tidak berpuas hati mengapa SKMM perlu mengutip maklumat seperti nombor telefon dan nombor kad pengenalan.
Sekiranya anda ingin menyalukan aduan mengenai telco ataupun penyedia perkhidmatan Internet anda, SKMM ada mengemas kini portal mereka dalam bulan Jun 2023 lalu. Portal tersebut boleh menerima aduan seperti:
- Telekomunikasi
- Pos & Kurier
- Kandungan Dalam Talian
- Penyiaran
- Lain-lain yang tertakluk di bawah bidang kuasa SKMM
Selain daripada portal Aduan SKMMini, ada 3 lagi saluran alternatif yang boleh anda gunakan untuk melakukan aduan. Emel boleh dihantar ke [email protected] ataupun hubungi talian 1-800-18-8030. SKMM juga ada saluran Whatsapp tapi mereka hanya menerima duan berkaitan 3R sahaja. 3R yang dimaksudkan SKMM adalah kandungan berkaitan Race (kaum), Religion (Agama), dan juga Royalty (Institusi Diraja).
SKMM adalah badan yang bertanggungjawab melaksana dan menggalakkan objektif dasar kebangsaan negara untuk sektor komunikasi dan multimedia. Mereka juga menyelia rangka kerja kawal selia baru untuk penumpuan industri telekomunikasi, penyiara, dan aktiviti-aktiviti dalam talian, sejajar dengan objektif yang ditetapkan dasar kebangsaan di dalam Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Bacaan berkaitan
City Broadband tawar Pakej Perpaduan Allo, jalur lebar 100Mbps pada RM69
Unifi mula tawarkan pelan 1Gbps dan 2Gbps, harga bermula RM349/bulan
5 Terbaik: Jalur Lebar Tetap Paling Berbaloi Untuk Bajet RM150