• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

DJI Osmo Action 4 Malaysia: Sensor lebih besar tapi banyak benda lama

  • OLEH Hanif Azrai
  • 7:54 am
  • 03/08/2023
  • Komen
DJI Osmo Action 4 Malaysia: Sensor lebih besar tapi banyak benda lama
Share on FacebookShare on Twitter

DJI telah lancarkan sekuel untuk siri kamera aksi Osmo Action mereka. Osmo Action 4 hadir untuk bertembung dengan GoPro Hero 11 Black. Secara fizikalnya, ia kelihatan sama sahaja dengan DJI Osmo Action 3 yang mereka lancarkan tahun sudah. Sama seperti rupanya, helaian spesifikasi pun tak banyak beza dengan edisi sebelumnya.

Bentuk yang sama, ia juga ada jisim yang sama pada 145g. Spesifikasi skrin LCD depan dan belakang pun sama. Untuk bahagian depan, anda beroleh skrin 1.4” dengan kepadatan piksel 320ppi sementera di bahagian belakang ada skrin 2.25” beresolusi 640 x 360. Ciri Quick Release yang diperkenalkan sejak Action 2 masih dikekalkan bermakna semua aksesori pemegang kamera masih boleh digunakan.



Perubahan terbesar Action 4 berbanding Action 3 adalah pada sensor pengimejan. Kompnen itu telah dinaik taraf kepada yang bersaiz 1/1.3” ataupun 58% lebih besar berbanding sebelumnya. Jangkakan prestasi gambar malam yang lebih baik namun disebabkan dimensi lensa yang berbeza, aksesori lensa daripada Action 3 tidak akan padan dengan Action 4.

Lagi benda baharu pada Action 4 adalah ada aksesori baharu diperkenalkan. Ia adalah alat kawalan Bluetooth ber-GPS. Selain diguna untuk mengawal kamera daripada jauh menggunakan butang-butang fizikal, ia juga akan merekodkan data lokasi yang boleh digunakan sewaktu penyuntingan video untuk anda masukkan maklumat telemetri.



Di sudut pengimejan dan video, tidak ada perubahan sangat pun boleh dicerap. Ia masih boleh rakam video 4K pada kadar 120fps ataupun video gerak perlahan 240fps pada resolusi FHD. Kadar bit kekal pada 130Mbps tapi daripada segi penstabil imej, DJI memperkenalkan RockSteady 3.0+ yang katanya beri prestasi penstabilan imej lebih baik.

Bateri yang sama daripada Action 3 juga digunakan pada Action 4. Anda beroleh bateri berkapasiti 1,770mAh untuk memberikan kuasa sekitar 110 minit rakaman pada kamera ini.

Dengan perubahan yang minimum ini, DJI Action 4 ditawarkan pada harga bermula RM1,899 untuk Standard Cobo. Pengguna juga boleh memilih Adventure Combo yang berharga RM2,399 untuk beroleh aksesori tambahan seperti galah selfie, dua bateri tambahan, dan bekas pengecas tiga slot. Sebagai perbandingan, harganya RM200 lebih mahal daripada Action 3 sewaktu dilancarkan.

Beli DJI Osmo Action 4 di Lazada

Beli DJI Osmo Action 4 di Shopee

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Bacaan berkaitan

DJI Air 3 Malaysia: Terbang lebih lama, lebih selamat, dan lebih versatil

DJI Mavic 3 Pro perkenal 3 kamera (24mm, 70mm & 166mm) ke dalam dron

DJI Osmo Action 3, pulang ke pangkal jalan dan tidak gelabah mengejar GoPro

Tags: djidji osmo actiondji osmo action 4kamera
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

DJI Osmo Action 4 Malaysia: Sensor lebih besar tapi banyak benda lama

DJI Osmo Action 4 Malaysia: Sensor lebih besar tapi banyak benda lama

3 August 2023
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER