• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

5 telco sambut baik pakej 5G RAHMAH dengan telefon 5G dan pelan mampu milik

  • OLEH Najib
  • 8:47 pm
  • 08/08/2023
  • Komen
5 telco sambut baik pakej 5G RAHMAH dengan telefon 5G dan pelan mampu milik
Share on FacebookShare on Twitter

Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil telah mengumumkan insentif di mana rakyat Malaysia umumnya dan penjawat awam khususnya, menikmati pakej internet 5G dan telefon 5G yang lebih mampu milik. Insentif yang diumumkan itu adalah Pakej 5G RAHMAH dan Postpaid RAHMAH Penjawat Awam.

Bagi menyahut seruan kerajaan yang diadakan serentak dengan sambutan Bulan Kebangsaan, lima syarikat telekomunikasi (telco) telah menyatakan komitmen mereka untuk menyediakan pelan dan peranti yang mampu milik. Telco tersebut adalah CelcomDigi Berhad (CelcomDigi), Maxis Berhad (Maxis), TM (Unifi Mobile), U Mobile Sdn Bhd (U Mobile), dan YTL Communications Sdn Bhd (Yes).



Menurut Fahmi, Pakej 5G RAHMAH dan Postpaid RAHMAH Penjawat Awam akan dilancarkan pada 31 Ogos 2023. Orang ramai diminta untuk menyemak dengan telco berkenaan kesediaan pakej yang akan ditawarkan. Dengan komitmen yang dinyatakan oleh 5 telco utama ini, kita boleh menjangkakan ia akan terdapat pakej daripada CelcomDigi, Maxis, Unifi Mobile, U Mobile dan Yes 5G.

Maxis masih belum ada 5G

Tetapi bagaimana dengan Maxis yang masih belum mendapat akses 5G melalui Digital Nasional Berhad (DNB). Sebelum ini, Maxis memaklumkan mereka akan mendapatkan persetujuan pemegang saham dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) yang akan diadakan pada suku ketiga tahun ini. Jika ia diselesaikan bulan ini, pastinya Maxis akan mengumumkan pakej 5G RAHMAH pada 31 Ogos. Kalau tidak, pengguna Maxis perlu menunggu lagi atau Maxis hanya menawarkan telefon pintar bersama pelan 4G sahaja.



Pengumuman menteri semalam menyatakan bahawa kakitangan kerajaan seperti cikgu, askar, polis, doktor dan sebagainya, boleh menikmati rebat RM10 untuk semua pelan pascabayar menerusi insentif Postpaid RAHMAH Penjawat Awam. Ia juga akan bermula pada 31 Ogos 2023.

Samsung Galaxy A14 5G (kiri) dan Honor 90 Lite 5G (kanan)

Pakej 5G RAHMAH pula terbuka untuk semua rakyat Malaysia, menyediakan talian mudah alih dengan akses 5G dan 60GB data berharga RM60/bulan. Pakej ini datang bersama telefon pintar Samsung Galaxy A14 5G ataupun Honor 90 Lite 5G pada harga serendah RM240 dengan kontrak selama 24-bulan. Khas untuk golongan B40, 100,000 pendaftaran terawal boleh mendapatkan telefon pada harga RM120 sahaja.

Walaupun nampak murah, pakej 5G RAHMAH sebenarnya telah disediakan oleh beberapa telco seperti pakej Xpax Postpaid 60, U Mobile Postpaid 68 dan Yes Infinite+ 58. Kerajaan boleh mengkaji lagi untuk menyediakan pelan lebih baik daripada apa yang sedia ada, supaya ia benar-benar rahmah untuk rakyat. Lebih baik lagi, pelan 5G ditawarkan pada harga lebih rendah dengan kuota lebih tinggi.

Bacaan Berkaitan

  • Pakej 5G RAHMAH: Pakej-pakej 5G sedia ada lebih menarik. Ini yang anda perlu tahu
  • Insentif Postpaid RAHMAH: Rebat RM10 untuk penjawat awam untuk pelan pascabayar
  • Pakej 5G RAHMAH tawar telefon serendah RM240 dan pelan telco RM60/bulan untuk semua
Tags: 5g malaysiacelcomCelcomDigidigiinsentif postpaid rahmah penjawat awammaxispakej 5g rahmahTMu mobileUnifi mobileyes 5g
Najib

Najib

POPULAR

5 telco sambut baik pakej 5G RAHMAH dengan telefon 5G dan pelan mampu milik

5 telco sambut baik pakej 5G RAHMAH dengan telefon 5G dan pelan mampu milik

8 August 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER