• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

DuitNow QR: PayNet sahkan caj transaksi mulai 1 Oktober, semak dengan bank untuk tarikh pelaksanaan

  • OLEH Najib
  • 7:15 pm
  • 28/09/2023
  • Komen
DuitNow QR: Kenapa penyedia e-Wallet berlengah-lengah?
Share on FacebookShare on Twitter

Payment Network Malaysia (PayNet) telah mengesahkan bahawa caj transaksi Duit Now QR (DNQR) kepada peniaga akan dilaksanakan mulai 1 Oktober 2023. Perkara ini dimaklumkan menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan PayNet untuk menjawab beberapa isu berkaitan yang tular.

Dalam kenyataan tersebut, PayNet menjelaskan bahawa kadar diskaun peniaga (Merchant Discount Rate, MDR) atau lebih popular dikenali sebagai caj transaksi, telah ditetapkan sekian lama sejak platform tersebut diperkenalkan pada tahun 2019. Ia bukan perkara yang baru ditambah. Tetapi untuk menggalakkan penggunaan awal dahulu, caj ini dikecualikan ketika itu. Pengecualian ini dilanjutkan lagi apabila wabak COVID-19 melanda dunia.



Kerana itu, pelaksanaan caj transaksi pada 1 Oktober 2023 merupakan kesinambungan kepada rancangan mereka sebelum ini.

Jelas PayNet lagi, caj transaksi yang dikumpul akan dikongsi antara PayNet, pihak bank dan penyedia perkhidmatan pihak ketiga yang membantu menguruskan rangkaian sistem. Caj ini juga akan digunakan untuk menampung kos pihak yang menyediakan perkhidmatan DNQR kepada peniaga.



Peniaga perlu semak dengan bank atau penyedia perkhidmatan

Bagaimanapun dalam kenyataan tersebut, ia tidak menjelaskan berapakah caj transaksi yang dikenakan kepada peniaga untuk setiap transaksi DNQR. Malah, PayNet menyatakan mereka tidaak berhak untuk mengawal apa yang dilakukan oleh bank, pihatk ketiga atau sesiapa sahaja untuk mengenakan caj kepada peniaga. Peniaga dinasihatkan untuk menyemak dengan bank atau penyedia perkhidamatan mereka untuk mengesahkan tentang caj yang dikenakan.

Harga kekal sama, tiada caj untuk pengguna

Tambah Paynet, caj transaksi DNQR kelak tidak akan menjejaskan harga jualan kerana selama ini penggunaan kad debit dan kredit telah lama dikenakan caj transaksi tetapi tiada perubahan harga kepada pengguna, seperti pembayaran menggunakan tunai. Malah PayNet percaya, penggunaan pembayaran tanpa tunai lebih menjimatkan berbanding pembayaran tunai kerana banyak perkara.

Sehubungan itu, pengguna tidak perlu risau kerana caj transaksi bukan dikenakan kepada pengguna. Jika ada caj 50 sen yang dikenakan kepada pengguna, ia hanya untuk penghantaran DuitNow peribadi kepada akaun DuitNow peribadi lain dan melebihi RM5,000 sahaja. Ia bukanlah caj kepada pengguna apabila membayar kepada peniaga.

[Sumber: PayNet]

Bacaan Berkaitan

  • DuitNow QR akan menyatukan semua sistem pembayaran bank dan eWallet
  • DuitNow cara paling mudah hantar dan terima duit, kini boleh mula digunakan
  • Ada bank umum caj transaksi sehingga 0.5% bila guna DuitNow QR
Tags: duitnowDuitNow QRPayNet
Najib

Najib

POPULAR

Proton e.MAS 5: EV paling mampu milik Malaysia dilancar, dari RM56,800

Proton e.MAS 5: Kos servis 10 tahun tak sampai RM2,500, ini butirannya

1 November 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025
5 Terbaik: Telefon bawah RM1,500 ada bateri besar, prestasi tinggi & tahan lasak

5 Terbaik: Telefon bawah RM1,500 ada bateri besar, prestasi tinggi & tahan lasak

24 October 2025
DuitNow QR: Kenapa penyedia e-Wallet berlengah-lengah?

DuitNow QR: PayNet sahkan caj transaksi mulai 1 Oktober, semak dengan bank untuk tarikh pelaksanaan

28 September 2023
Siri Oppo Find X9 tiba di Malaysia dengan kamera Hasselblad 200MP & cip Dimensity 9500

Siri Oppo Find X9 tiba di Malaysia dengan kamera Hasselblad 200MP & cip Dimensity 9500

29 October 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER