Sejak tahun 2016 lagi, Facebook sudah menyedari yang terdapat masalah dalam pelaporan statistik mereka. Ia melibatkan laporan statistik mereka kepada video yang dimuat naik ke platform mereka. Akibatnya, data yang dilaporkan lebih tinggi antara 150% hingga 900% berbanding sepatutnya.
Kesan langsung ketakjujuran ini menyebabkan banyak penulis kehilangan kerja kerana syarikat media mula mengecilkan pasukan editorial mereka untuk menjawat pembangun kandungan video.
If you missed it: today it was confirmed that Facebook massively & knowingly inflated its video-view statistics, which had the DIRECT consequence of 90% of media orgs firing writers in favor of expensive video producers, who also got fired when it turned out video was worthless https://t.co/WqdAUBIe6L
— Chris Conroy (@dyfl) October 17, 2018
Kini pihak yang mengadu mula memfailkan saman keatas Facebook. Mahkamah sudahpun membenarkan pendakwa untuk melakukan penilaian terhadap 80,000 Facebook page dan juga data dalamannya. Bagi pihak Facebook, mereka menidakkan laporan itu dan mendakwa sudah mengambil tindakkan sewajarnya untuk membaik pulih statistik pelaporan serta memberitahu klien tentangnya.
Tambahan pula, Facebook sudahpun membenarkan pihak neutral untuk menganalisis data pelaporan mereka. Media Rating Councol kini sedang melakukan analisis bagi pihak Facebook agar data yang tidak bias diberikan kepada pengiklan.
[Sumber: CNBC, Adage, Gambar Pemuka]