Anda seorang pengguna tetap saluran berbayar Astro? Dah daftar untuk auto debit akaun Astro anda? Kalau belum, inilah masanya untuk berbuat demikian. Ini kerana anda boleh jimat 30% jika mendaftar auto debit di Astro untuk Pek Astro seperti Primary, Entertainment atau Movies.
Katakanlah anda mengambil pakej Astro Primary dengan harga asal RM59.99. Dengan mendaftar auto debit, anda akan menerima potongan 30%, dan bayaran bulanan akan jadi RM41.99. RM18x24 bulan, jimat RM432.
Kalau pakej Entertainment pula, daripada harga asal RM89.99, akan menjadi RM62.99. RM27x24 bulan, jimat RM648. Manakala pelanggan Pek Movies akan jadi RM66.49 selepas potongan 30% daripada harga asal RM94.99. Untuk tempoh 24 bulan, anda akan mendapat penjimatan RM684. Untung besar, kan?
Pakej menarik untuk pelanggan baharu
Berminat untuk melanggan Astro? Terdapat pelbagai pilihan pakej yang boleh dijadikan pilihan dan sesuai dengan keperluan harian anda dan keluarga.
Untuk Pek Primary, anda akan mendapat akses kepada lebih daripada 80 saluran rangkaian kandungan tempatan dan antarabangsa menarik dan popular seperti All Stars Gegar Vaganza (Musim 10), The Queen’s Ploy terbitan Astro Originals, drama keluarga Tamil tempatan Akkam Pakkam dan banyak lagi dengan harga RM41.99/bulan (HRD: RM59.99).
Pek Entertainment pula menawarkan pelbagai kandungan tempatan, antarabangsa dan kanak-kanak, termasuk Didi & Friends Kembara Muzikal, The Curious Case of Natalia Grace dan Christina on the Coast, semuanya hanya RM62.99/bulan (HRD: RM89.99).
Melalui pek ini, anda juga akan menikmati akses percuma kepada aplikasi penstriman premium seperti BBC Player dan pilih antara Viu Premium atau TVBAnywhere+, yang membolehkan anda strim Gordon Ramsay’s Future Food Stars Musim 2, From Saga With Love dan From Hong Kong To Beijing melalui TV atau secara on-the-go melalui aplikasi mudah alih Astro GO yang boleh dimuat turun melalui Apple Store atau Google Play Store.
Anda kaki filem? Pek Movies adalah pakej yang sesuai untuk anda dengan harga RM66.49/bulan (HRD: RM94.99). Dengan pek ini anda mendapat akses kepada aplikasi premium seperti Disney+ Hotstar dan HBO GO, membolehkan anda strim rancangan kegemaran termasuk Loki, Goosebumps, Scream VI dan Rick & Morty Musim 7.
Mahukan lebih lagi? Anda juga boleh menambah lebih banyak aplikasi premium pada langganan bulanan seperti Qalbox by Muslim Pro, ZEE5 atau iQIYI dari serendah RM8.40/bulan.
Pelanggan baharu yang ingin mendapatkan harga pakej seperti yang dinyatakan, anda perlu mendaftar untuk auto debit Astro tau!
Kalau perlukan lebih maklumat lanjut mengenai tawaran ini, anda boleh layari website Astro.