• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Siri Google Pixel 8 akan mula dihasilkan di India. Malaysia bila lagi?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 1:42 pm
  • 23/10/2023
  • Komen
Siri Google Pixel 8 akan mula dihasilkan di India. Malaysia bila lagi?
Share on FacebookShare on Twitter

Google mengumumkan yang mereka akan membuka kemudahan pengeluaran Pixel 8 dan 8 Pro di India lantas menjadikan pasaran India sebagai pasaran Pixel terbaharu. Menurut Google, India adalah pasaran utama syarikat itu dan ia tidaklah mengejutkan kerana walaupun 1% sahaja penduduk India gunakan produk Google, ia diterjemah kepada 140 juta, lebih banyak daripada penduduk Malaysia itu sendiri.

Mungkin itulah sebab produk Google Pixel tak masuki Malaysia sehingga hari ini.



Siri Pixel 8 adalah telefon baharu yang diumumkan Google dan ia adalah flagship tahun 2023 daripada syarikat itu.

Antara pembaharuan yang dibawakan berbanding Pixel 7 adalah seperti pengguna cip pemproses baharu yang dinamakan Google Tensor G hasil penyatupaudan pengalaman 7 tahun Google dalam pembangunan perisian dan perkakasan.



Kemudian, panel paparan Pixel 8 sekurang-kurangya 42% lebih cerah berbanding sebelumnya dan ia kini turut dilengkapi sensor suhu untuk anda baca darjah kepanasan objek-objek disekitarnya.

Seperti biasa, kamera adalah bahagian yang diberikan lebih tumpuan oleh Google. Katanya, prestasi di bawah cahaya malap telah ditambah baik melalui penggunaan sensor dan apertur lebih besar.

Pada Pixel 8 juga google memperkenalkan “Audio Magic Eraser” yang mampu buang hingar daripada audio, sama seperti “Magic Eraser” yang membuang objek yang tidak berkenaan daripada gambar.

Siri Google Pixel 8 boleh didapati di A.S pada harga bermula UDS699 (RM3,341).

Telefon Pixel sewaktu pertama kali diperkenalkan, dihasilkan di China. Sebelum dalam tahun 2022, mereka mengumumkan yang Vietnam juga mula menghasilkan Pixel 7 sebagai salam satu langkah pempelbagaian dan pengurangan kebergantungan kepada China.

Tidak terhad kepada pengumuman pengeluaran produk di India, Google turut mengumumkan akan melaburkan USD10 billion ke dalam pasaran itu untuk sehingga 7 tahun akan datang bagi memacu pertumbuhan produk-produk digital di sana.

Sumber: Google, TechCrunch

Tags: Googlegoogle pixelgoogle pixel 8Google Pixel 8 proPixel 8Pixel 8 Pro
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

6 February 2026
Siri Google Pixel 8 akan mula dihasilkan di India. Malaysia bila lagi?

Siri Google Pixel 8 akan mula dihasilkan di India. Malaysia bila lagi?

23 October 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

5 February 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER