• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Siri Galaxy S24 akan disuntik lebih banyak ciri AI untuk lawan Google Pixel

  • OLEH Putra Aziz
  • 1:21 pm
  • 25/10/2023
  • Komen
Galaxy S23, S23+ & S23 Ultra Malaysia: Harga rasmi dan apa kelebihan menempah sekarang
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung dijangka akan melancarkan telefon flagship seterusnnya, Galaxy S24 pada tahun hadapan. Walaupun masih awal, telah terdapat khabar angin berkenaannya. Samsung dikatakan akan mengkhususkan penggunaan AI untuk telefon siri Galaxy S24.

Difahamkan Samsung mahu menjadikan Galaxy S24, Galaxy S24+ dan Galaxy S24 Ultra telefon AI paling pintar yang pernah dihasilkan, malah ingin melangkau apa yang dilakukan oleh Google pada siri telefon Pixel. Untuk siri Galaxy 24, ia bakal mempunyai ciri AI yang diambil terus daripada ChatGPT dan Google Bard.



Dengannya, ia akan berupaya untuk menghasilkan konten dan cerita berdasarkan kata kunci yang diberikan oleh pengguna. Selain itu, akan terdapat juga ciri baru ciptaan Samsung sendiri, seperti penjanaan AI dari teks ke gambar yang Samsung perkenalkan semasa mengumumkan cip Exynos 2400. Kebanyakan daripada ciri ini akan tersedia secara luar talian dan dalam talian.

Di samping itu, keupayaan percakapan ke teks sedia ada juga akan diberi peningkatan di siri Galaxy S24. Dan untuk Bixby, ia dijangka akan lengkap dengan lebih banyak fungsi pintar untuk membolehkannya berinteraksi bersama pengguna dengan lebih baik.



Siri Galaxy S24 akan diperkasa cip Samsung terbaru Exynos 2400 dan cip Snapdragon 8 Gen 3, dan ia sepatutnya lebih pantas dalam melaksanakan tugas AI berbanding telefon Pixel kerana menggunakan cip terbaru yang lebih berkuasa.

Berdasarkan apa yang diperkata atas talian, siri Galaxy S24 mungkin akan diumumkan seawal Januari 2024. Untuk perspektif anda, siri Galaxy S23 dilancarkan pada Februari tahun ini. Jika benar, bermakna acara Galaxy Unpacked pada tahun hadapan mungkin akan diadakan lebih awal, yang mana juga mengubah tradisi acara Unpacked yang sering dilakukan pada bulan Februari.

[Sumber: Sammobile]

Tags: aiBardChatgptGalaxy S24samsung
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

18 September 2025
eKYC sebelum 20 Disember 2024 atau akses TNG eWallet anda dihalang

BUDI95: Ini cara beli RON95 pada harga RM1.99/L guna TNG eWallet

23 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Galaxy S23, S23+ & S23 Ultra Malaysia: Harga rasmi dan apa kelebihan menempah sekarang

Siri Galaxy S24 akan disuntik lebih banyak ciri AI untuk lawan Google Pixel

25 October 2023
Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

24 September 2025
Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

24 September 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER