• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kemas kini baru Google Maps lebih memudahkan pengguna, ini sebabnya…

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 1:36 pm
  • 27/10/2023
  • Komen
Stories Instagram ada sari kata automatik, akan datang ke Reels
Share on FacebookShare on Twitter

Dengan keupayaan AI, Google Maps kini menawarkan beberapa kemas kini yang membolehkan pengguna merancang dan menavigasi perjalanan dengan lebih yakin. Antara kemaskini yang dibawakan adalah seperti penggambaran lebih mendalam, pengesyoran yang lebih khusus untuk aktiviti berdekatan serta lokasi pengecasan EV. 

Fungsi Immersive View & Lens in Maps

Menerusi fungsi Immersive View, pengguna akan mendapat penggambaran lebih baik untuk ciri navigasinya. Kini fungsi ini telah dikembangkan kepada lebih banyak bandar seperti Amsterdam, Barcelona,Dublin, Florence, Las Vegas, London, Los Angeles, Miami, New York, Paris, San Francisco, San Jose, Seattle, Venice dan Tokyo pada peranti Android dan iOS.



Tak tahu macam mana nak gunakan fungsi ini?

Katakanlah anda ingin berbasikal ke Palace of Fine Arts in San Francisco, anda hanya perlu dapatkan arah berbasikal dan kemudian klik Immersive View untuk melihat gambaran laluan anda dalam pelbagai dimensi yang menarik seperti simulasi trafik dan keadaan cuaca.



Manakala dalam fungsi Lens in Maps pula, Google mengembangkan petanya ke 50 bandar lagi termasuk Austin, Las Vegas, Rome, São Paulo dan Taipei. Dikenali sebagai ‘Search with Live View’ sebelum ini, ia membolehkan pengguna menggunakan kamera telefon untuk mengimbas bangunan berdekatan. Seterusnya kamera akan menghurai nama kedai, ulasan dan maklumat lain berkenaan imej yang dilihatnya.

Untuk menggunakan fungsi ini, anda hanya perlu klik ikon Lens pada bar carian dan gerakkan telefon untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan seperti ATM, stesen transit, restoran serta kedai berdekatan. 

Tiada lagi kerisauan untuk pengecasan

Mulai minggu ini, pemandu EV secara globalnya, sama ada menggunakan peranti Android, iOS mahupun kenderaan dengan Google terbina, akan dapat melihat lebih banyak maklumat berkaitan stesen pengecasan.

Ini kerana Google Maps kini membolehkan pemandu EV mengetahui keserasian pengecas dengan kenderaan bagi membantu mencari stesen pengecasan yang mengikut kesesuaian. Pemandu juga akan dapat melihat maklumat bila kali terakhir pengecas digunakan bagi mengurangkan kebarangkalian memandu ke stesen pengecas yang tidak berfungsi. 

Untuk pembaharuan akan datang pula, Google Maps dikatakan akan memperkenalkan peta navigasi dengan gambar lebih tepat. Selain penggunaan warna yang dikemas kini, bangunan juga akan menjadi lebih realistik. 

Pun begitu, pembaharuan ini hanya dapat dirasai oleh pengguna di 12 negara seperti Amerika Syarikat, Kanada, Perancis dan Jerman. Untuk pengguna di Malaysia, mungkin kena tunggu lebih lama sikit la ya untuk merasai semua kemas kini daripada Google Maps.

[Sumber: Google]

Tags: androidgoogle mapsiOSPengecas EV
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

Stories Instagram ada sari kata automatik, akan datang ke Reels

Kemas kini baru Google Maps lebih memudahkan pengguna, ini sebabnya…

27 October 2023
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN