Menteri Komunikasi Israel memberi amaran kepada Elon Musk yang pihaknya akan mengambil langkah yang sewajarnya untuk menghalang sebarang cubaan untuk meyambungkan Gaza kepada Internet, walaupun menggunakan Starlink.
Amaran tersebut timbul selepas SpaceX menawarkan Starlink sebagai solusi kepada ketersambungan di Gaza.
Menurut Israel, mereka pasti yang ia akan disalah guna oleh pihak Hamas dan sebab itulah Israel memotong ketersembanungan Internet kepada lebih 2.3 juta penduduk di Semenanjung Gaza.
Organisasi kemanusiaan antarabangsa memaklumkan yang situasi ketiadaan komunikasi di Gaza kini kian meruncing. Sistem perhubungan walaupun untuk menghubungi nombor kecemasan juga telah putus, apatah lagi perhubungan dengan dunia luar.
Ketiadaan sistem telekomunikasi telah merencatkan operasi industri kesihatan terutama dalam penghantaran bantuan dan industri krwartawanan pada segi menyedakan berita terkini kepada orang diluar sana tentang situasi semasa.
SpaceX memaklumkan yang mereka hanya akan berikan sambungan kepada organisasi kemanusiaan antarabangsa yang berdaftar. Walau bagaimanapun, ia cumalah cadangan buat masa ini kerana menurut SpaceX, masih belum ada sebarang pengaktifkan Starlink dilakukan di Semenanjung Gaza.
Starlink di kawasan bergolak bukanlah perkara baharu. Dalam konflik Russia-Ukraine, pihak Ukraine beralih kepada Starlink apabila akses mereka telah direncatkan oleh Russia.