• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kes saman Bitcoin: Luno ada keselamatan tertinggi, pengguna sendiri mengaku peranti digodam

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 9:55 am
  • 03/11/2023
  • Komen
231102 Saman Bitcoin Luno
Share on FacebookShare on Twitter

Terdahulu, firma pelaburan mata wang kripto, Luno Malaysia Sdn Bhd dikehendaki membayar saman ganti rugi bernilai hampir RM700,000 kepada seorang lelaki. Ini selepas syarikat tersebut didapati cuai oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerugian dalam transaksi Bitcoin.

Namun, Luno berjaya mendapatkan penangguhan sementara selama 14 hari untuk memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi terhadap keputusan tersebut.



Hilang akses emel dan peranti digodam

Dalam kes saman ini, plaintif dalam keterangan di hadapan mahkamah mendakwa berlaku transaksi pembelian dan pemindahan Bitcoin tanpa kelulusan dan pengetahuannya, yang bernilai RM597,920.05. 

Plaintif juga mengakui bahawa dia telah hilang kawalan dan akses kepada akaun emel dan kata laluan peribadinya, manakala peranti mudah alihnya telah ‘digodam’. Akibatnya, individu yang mempunyai maklumat peribadi dan butiran plaintif dapat menjalankan transaksi tersebut.



Ciri keselamatan

Menurut Luno, sebagai platform pertukaran aset digital terkawal yang berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, syarikat tersebut sentiasa mengekalkan tahap pematuhan kawal selia dan keselamatan pelanggan paling kukuh, mengikut prosedur yang ketat bagi memastikan mata wang kripto selamat dan terjamin.

Luno mempunyai beberapa proses keselamatan paling intensif dalam kripto, seperti yang disahkan oleh penarafan April 2023 oleh CCData.

Luno menjelaskan, ciri keselamatan dalam sistemnya direka dan berfungsi untuk melakukan transaksi oleh individu yang mempunyai akses kepada emel, kata laluan dan butiran keselamatan. Ini termasuklah kod pengesahan 2 faktor (2FA) yang membolehkan setiap transaksi melalui pautan kebenaran SMS yang dihantar ke telefon bimbit.

Luno bagaimana pun menghormati sepenuhnya keputusan mahkamah dan tidak akan membuat sebarang ulasan lanjut mengenai perkara itu semasa masih dalam proses perbicaraan.

Jadi bagaimana kesudahan kisah saman ini? Kenalah tunggu keputusan dari Mahkamah Tinggi nanti.

Bacaan berkaitan:

  • EL Salvador pertama dunia perakui Bitcoin sebagai wang sah
Tags: bitcoinLuno
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

24 December 2025
231102 Saman Bitcoin Luno

Kes saman Bitcoin: Luno ada keselamatan tertinggi, pengguna sendiri mengaku peranti digodam

3 November 2023
Siri Oppo Reno 15 tiba di Malaysia dengan kamera 200MP & bateri 7,000mAh, dari RM1,499

Siri Oppo Reno 15 tiba di Malaysia dengan kamera 200MP & bateri 7,000mAh, dari RM1,499

6 January 2026
Yes perkenal Jalur Lebar 5g advanced pertama di Malaysia, datang bersama percuma iQIYI satu tahun

Yes perkenal Jalur Lebar 5g advanced pertama di Malaysia, datang bersama percuma iQIYI satu tahun

13 January 2026
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER