TNG Digital hari ini mengumumkan satu produk baharu untuk Super-APP TNG eWallet mereka. Produk tersebut adalah TNG eWallet GOrewards Loyalty Program. Secara ringkasnya, ini adalah program ganjaran kesetiaan seperti yang disediakan eWallet GrabPay, Boost, Maybank MAE, dan ShopeePay.
GOreward: Apa yang boleh ditebus?
Di aplikasi TNG eWallet, anda boleh cari butang GOreward untuk telaah katalog baucar yang ditawarkan. Baucar berada dalam pelbagai kategori seperti F&B, Health & Wellness, Lifestyle, Lucky Draw, dan Others.
Contohnya, anda boleh tebus baucar pemulangan tungai ZUS Coffee RM1 menggunakan 100 mata, ataupun baucar Watson RM5 untuk 500 mata.
Anda juga boleh gunakan mata ganjaran GOreward di platform Presto Rewards dan juga A+ Rewards.
GOreward: Cara kumpul mata ganjaran.
RM1 akan berikan anda 1 mata dan bilangan dikira secara konsep pembundaran ke bawah. Seandainya transaksi anda bernilai RM4.90, anda akan diberikan 4 mata dan bukannya 5 mata.
GOreward: Tak semua transaksi akan berikan anda mata ganjaran.
Berikut adalah senarai jenis transaksi yang akan berikan anda mata ganjaran:
- Kedai mengimbas kod QR TNG eWallet di telefon anda
- Anda mengimbas kod QR TNG Digital pekedai
- Anda imbas DuitNow QR yang dikeluarkan TNG eWallet
- Pembayaran dalam talian
- Pembayaran guna kad Visa TNG eWallet
- Pembayaran bil
- Pembayaran bil telko prabayar ataupun pascabayar
- Pembelian aplikasi di Apple App Store, Google Play Store
- Pembelian insurans dalam TNG eWallet (CarInsure, ParkInsure, WalletSafe, SafeTrip, SafeHome, CI Insure, MotoInsure)
- Kiriman wang ke luar negara (GOremit)
Berikut adalah senarai jenis transaksi yang TIDAK akan berikan anda mata ganjaran:
- Anda mengimbas kod QR jenis P2P
- Perpindahan duit secara P2P
- TNG RFID
- TNG PayDirect
- TNG Card
- DuitNow QR yang bukan dikeluarkan TNG eWallet
GOreward: Mata ganjaran ada tarikh luput
Mata ganjaran yang dihimpunkan oleh anda akan luput dalam tempoh 6 bulan daripada bulan mata itu dikumpul.
Contohnya, sebarang mata yang dihimpunkan sepanjang bulan Januari 2023 akan luput apabila Jun 2023 tamat.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi produk.
Bacaan berkaitan
- Touch ‘n Go lancarkan Oyen, Charm siri Furry baharu untuk peminat kucing
- Touch n Go eWallet akan kenakan caj tambahan untuk tambah nilai kad kredit melebihi RM1,000
- 10 eWallet Asia termasuk Touch n Go diterima di China menerusi AliPay+
- Touch n Go eWallet akhirnya ada fungsi paling berguna, aktifkan GoRewards sekarang