• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Awas! Akaun disekat jika RM100 eMadani dipindah milik, tebus tunai

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 4:21 pm
  • 04/12/2023
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Penerima RM100 eMadani diingatkan supaya berwaspada dengan dengan tawaran perkhidmatan pemindahan kredit atau penebusan tunai oleh pihak tidak bertanggungjawab di platform media sosial. Ini bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan scam dan sekali gus kehilangan kredit eMadani.

Menerusi kenyataan media, Kementerian Kewangan (MOF) menegaskan pihaknya tidak akan bertanggungjawab jika terdapat sebarang kehilangan kredit akibat pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai. 



Dalam pada itu, kerajaan akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMadani jika terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan pemindahan atau penebusan tunai.

Program RM100 eMadani

Program eMadani adalah bertujuan untuk menggalakkan ekonomi digital dan memupuk budaya pembayaran tanpa tunai.



Inisiatif kredit RM100 eMadani hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet (eWallet) terlibat seperti Maybank MAE, ShopeePay, Touch ‘n GO eWallet, Setel atau QR DuitNow di 1.8 juta peruncit/perniagaan di seluruh negara.

Pendaftaran program eMadani dibuka bermula hari ini hingga 20 Februari 2024 dan akan memanfaatkan seramai 10 juta individu dewasa yang layak, meliputi golongan B40 dan M40.

Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan program eMADANI dengan melayari laman web eMadani.

[Sumber: Kementerian Kewangan]

Bacaan berkaitan:

  • eMadani: ShopeePay beri baucar rm600 dan cabutan bertuah Galaxy Z Flip 5
  • eMadani: TNG eWallet tawar mata GoRewards & baucar lebih RM500
  • eMadani: Maybank MAE bagi hadiah Proton S70, Honda RSX, PS5 dan banyak lagi
  • eMadani: Setel tawar pulangan tunai hanya RM30 bersama pelbagai e-baucar percuma
Tags: emadanieWalletmaybank maeQR DuitNowsetelShopeePayTouch n Go
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

Awas! Akaun disekat jika RM100 eMadani dipindah milik, tebus tunai

4 December 2023
PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

7 August 2026
Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

7 August 2026
Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

10 August 2026
Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

11 August 2026
Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

7 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN