• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Omoda E5, EV pertama Chery di Malaysia akan dilancar bulan Mac ini

  • OLEH Najib
  • 11:56 am
  • 02/01/2024
  • Komen
Omoda E5, EV pertama Chery di Malaysia akan dilancar bulan Mac ini
Share on FacebookShare on Twitter

Chery Malaysia hari ini mengesahkan bahawa mereka akan melancarkan kenderaan elektrik (EV) pertama mereka, Omoda E5 pada bulan Mac 2024. Ia memiliki banyak persamaan dengan model petrol iaitu Omoda 5 dan bersaing rapat dengan SUV kecil seperti Proton X50.

Omoda E5 telah dipertontonkan kepada orang ramai sejak November tahun lepas. Chery Malaysia telah membuat jelajah di beberapa tempat dan mempamerkan Omoda E5 di samping model sedia ada mereka, seperti Omoda 5 dan Tiggo 8 Pro.



231129 Chery Omoda E5
231129 Chery Omoda E5
Chery Omoda E5

Tarikh tepat pelancaran Omoda E5 pada bulan Mac 2024 masih belum ditetapakan, tetapi orang ramai yang berminat boleh membuat pendaftaran minat di laman web Chery Malaysia di sini dan menjadi yang terawal dimaklumkan dengan berita terkini Omoda E5.

Chery Eco Run

Selain pelancaran Omoda E5, Chery Malaysia akan mengadakan acara larian tahunan, Chery Eco Run di Putrajaya hujung minggu ini. Dijangkakan 3,000 peserta akan menyertai acara yang berlangsung pada hari Ahad ini, 7 Januari 2024. Jika anda berminat untuk berlari bersama, pendaftaran masih dibuka sehingga hari Jumaat ini, 5 Januari 2024 di laman web JomRun di sini.



Spesifikasi Chery Omoda E5

Omoda E5 adalah kereta elektrik sepenuhnya yang dihasilkan oleh Chery. Di Malaysia, ia akan ditawarkan dalam bentuk unit import sepenuhnya (CBU) dari China. EV ini dilengkapi motor elektrik tunggal pacuan dua roda (2WD) yang menjana kuasa 150kW (201hp) dan tork 340Nm. Pecutan 0 hingga 100km/j, dapat dilakukan dalam masa 7.6 saat.

Bateri pada Omoda E5 berkapasiti 61kWj dan ia memberikan jarak pemanduan sehingga 430km (WLTP). Pengecasan pantas DC menyokong kuasa 80kW, mampu mengisi tenaga dari 30-80% dalam masa 30 minit. Ia juga menyokong pengecasan AC 9.9kW, serta pengecasan keluar Vehicle-2-Load (V2L) 3.3kW.

Chery menyatakan, Omoda E5 dilengkapi fungsi Sistem Bantuan Pemandu Lanjutan (ADAS) yang merangkumi 16 fungsi, seperti pemantauan titik-buta, amaran mengundur, dan brek kecemasan automatik yang mengesan pejalan kaki dan penunggang basikal.

Omoda 5 versi petrol dijual antara RM108,800 dan RM118,800. Untuk Omoda E5 pula, dijangkakan harganya sekitar RM120,000 hingga RM150,000. Ini membuatkan ia akan menandingi BYD Atto 3, EV yang sangat popular di Malaysia buat masa ini.

Kenali Chery Omoda E5 menerusi video kami di bawah:

Bacaan Berkaitan

  • Chery Omoda E5 sudah tiba di Malaysia, EV SUV dengan 16 ADAS
  • Chery Omoda E5 dipertontonkan kali pertama di Malaysia, pelancaran 2024
  • Berlari lebih sihat bersama Chery Omoda E5, ada 10 hadiah cabutan bertuah
Tags: CheryChery Omoda E5EV Malaysia
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Omoda E5, EV pertama Chery di Malaysia akan dilancar bulan Mac ini

Omoda E5, EV pertama Chery di Malaysia akan dilancar bulan Mac ini

2 January 2024
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER