• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Kereta Apple Maps dikesan di Malaysia, nantikan ketibaannya di tempat anda

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 6:21 pm
  • 16/01/2024
  • Komen
240116 Kereta Apple Maps Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Mengikut perancangan, kereta Apple Maps mula melakukan pemetaan di atas jalan raya Malaysia pada bulan November 2023 dan ia telah dikesan oleh beberapa individu termasuklah rakan sekerja kami di SoyaCincau sekitar kawasan USJ 20, pagi tadi.

Menggunakan kenderaan jenama Subaru XV generasi kedua berwarna putih, kereta Apple Maps itu pastinya mudah dikenal pasti kerana terpampang tulisan “Koleksi Imejan Apple Maps” serta laman web pada pintunya.



Namun sudah pasti petunjuk paling jelas adalah pod sensor besar yang terletak pada atas bumbungnya, yang membawa bukan sahaja kamera untuk ciri Look Around yang berfungsi seperti Google Maps Street View, tetapi juga penderia LiDAR untuk membantu penghasilan peta yang tepat.

240116 Kereta Apple Maps Malaysia
Fungsi Look Around pada Apple Maps di iPhone (kiri) dan Mac​

Berbeza dengan kenderaan Google untuk Street View, Subaru yang digunakan untuk Apple Maps itu juga membawa penderia pada roda belakang, yang mungkin berfungsi untuk mengukur jarak. Ini menunjukkan Apple bukan sahaja mengumpul imej untuk ciri Look Around, tetapi juga maklumat lain untuk penambahbaikan peta.



Jadual pergerakan kereta Apple Maps

Ingin melihat kereta Apple Maps lebih dekat? Berikut adalah jadual untuk kenderaan Apple di Malaysia:

  • Selangor: 10 November 2023 – 29 Februari 2024
  • Kuala Lumpur: 10 November 2023 – 29 Februari 2024
  • Putrajaya: 1 Disember 2023 – 9 Disember 2023
  • Negeri Sembilan: 1 Mac 2024 – 19 Mac 2024
  • Perak: 1 Mac 2024 – 4 April 2024
  • Melaka: 21 Mac 2024 – 4 April 2024
  • Pulau Pinang: 8 April 2024 – 27 April 2024
  • Johor: 10 April 2024 – 6 Jun 2024
  • Kedah: 30 April 2024 – 30 Mei 2024
  • Perlis: 1 Jun 2024 – 5 Jun 2024
  • Pahang: 11 Jun 2024 – 24 Jun 2024
  • Terengganu: 27 Jun 2024 – 8 Julai 2024
  • Kelantan: 16 Julai 2024 – 22 Julai 2024
  • Sabah: 2 Januari 2024 – 22 Mac 2024
  • Labuan: 27 Mac 2024 – 5 April 2024
  • Sarawak: 6 April 2024 – 25 Julai 2024
240116 Kereta Apple Maps Malaysia

Setakat ini, Apple mengehadkan pengumpulan datanya di Malaysia kepada kenderaan sahaja. Di peringkat global, terdapat individu yang membawa beg galas yang dilengkapi kamera dan penderia LiDAR untuk memberikan data pejalan kaki di jalan-jalan yang tidak mempunyai akses kenderaan.

Risau wajah anda muncul dalam imej yang dirakam kereta Apple Maps? Bertenang, Apple telah memaklumkan bahawa mereka akan melindungi privasi orang awam semasa melakukan pemetaan dengan menapis muka dan nombor plat kenderaan dalam imej Look Around. Polisi itu adalah sama dengan apa yang dilakukan Google untuk pemetaan Street View.

Setakat ini, syarikat itu telah mengemas kini petanya di bandar-bandar seluruh Hong Kong, Taiwan, Amerika Syarikat, United Kingdom, Itali, Jerman, Singapura, New Zealand dan banyak lagi. Pastinya senarai itu akan bertambah saban tahun.

Walaupun sudah dapat mengesan kereta Apple Maps di negara ini, namun itu tidak bermakna peta Malaysia dalam aplikasi Apple Maps akan dikemas kini dalam jangka masa terdekat. Kenalah bersabar sikit ya.

Bacaan berkaitan:

  • Kenderaan berkamera Apple jelajah Malaysia seawal Oktober 2023. Pesaing Google Street akan tiba ke Malaysia?
  • Satu komponen akan dibuang daripada Apple Watch bagi elak pengharaman jualan
  • Diskaun hingga RM540 untuk iPhone 15 Pro dan 15 Pro Max sempena Tahun Baru Cina
Tags: appleApple MapsApple Maps MalaysiaKereta Apple Maps​Koleksi Imejan Apple Maps
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
240116 Kereta Apple Maps Malaysia

Kereta Apple Maps dikesan di Malaysia, nantikan ketibaannya di tempat anda

16 January 2024
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER