• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Adakah 30 juta pendaftaran PADU hanya gebang?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 4:39 pm
  • 24/01/2024
  • Komen
Adakah 30 juta pendaftaran PADU hanya gebang?
Share on FacebookShare on Twitter

Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin, Ketua Perangkaan Negara telah ditemu bual dalam satu program Astro Awani. Dia berkongsikan kepada stesen TV itu bahawa PADU telahpun mencapai 30 juta pendaftaran. Perkara ini agak menarik kerana sehari sebelum ini, angka yang dilaporkan adalah sekitar 1.5 juta sahaja. Dari mana datangnya puluhan juta pendaftaran itu?

Adakah PADU “ubah” pintu gol?

Didapati yang kaedah pelaporan juga berubah antara 22 Januari 2024 dengan 23 Januari 2024. Berdasarkan poster perkembangan PADU, frasa yang digunakan pada asalnya adalah “Jumlah Individu Yang Telah Berjaya Mendaftar Di Sistem PADU” telah ditukar kepada “Jumlah Individu Yang Telah Berjaya Mengemaskini Di Sistem PADU”.



Berikut adalah angka-angka pendaftaran yang dikongsikan antara 7 Januari hingga 22 Januari 2024:

  • 7 January 2024 – 798,528
  • 8 January 2024 – 853,832
  • 9 January 2024 – 905,548
  • 10 January 2024 – 953,138
  • 11 January 2024 – 996,926
  • 12 January 2024 – 1,032,215
  • 13 January 2024 – 1,062,721
  • 14 January 2024 – 1,093,124
  • 15 January 2024 – 1,129,770
  • 16 January 2024 – 1,169,353
  • 17 January 2024 – 1,214,859
  • 18 January 2024 – 1,264,226
  • 19 January 2024 – 1,310,087
  • 20 January 2024 – 1,367,324
  • 21 January 2024 – 1,427,124
  • 22 January 2024 – 1,518,746

Berkemungkinan besar angka 30 juta yang digembar-gemburkan itu bukanlah entri pendaftaran yang sebenar iaitu rakyat sendiri yang membuka akaun PADU sebaliknya entri yang diwujudkan secara automatik apabila data-data “disedut” daripada agensi kerajaan yang lain.



Hal ini kerana, dalam salah satu gambar rajah yang dikongsikan beliau, 30 juta itu adalah populasi penduduk yang berumur 0 tahun dan ke atas seluruh Malaysia. Benar, maknanya bayi yang baru lahir bolehlah dikatakan sudahpun ada “akaun” PADU sekiranya dakwaan Ketua Perangkaan menjadi rujukan.

PADU, bunyi gah tapi tidak

Diuar-uarkan data datang daripada pelbagai agensi. Namun ia cumalah indah khabar daripada rupa. Walau dengan pengumuman puluhan juta data rakyat telah dimasukkan, data tersebut tidaklah muncul di atas skrin pengguna untuk tujuan pengesahan.

Sebaliknya, kita pula kena masukkan data.

Bukan itu sahaja, kerajaan malah meminta penjawat awam mengemas kini akaun PADU mereka sebelum 15 Februari 2024.

Tags: padu
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Adakah 30 juta pendaftaran PADU hanya gebang?

Adakah 30 juta pendaftaran PADU hanya gebang?

24 January 2024
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

Sony Xperia 10 VIII di Malaysia: Harga naik RM800 tapi spesifikasi tak berubah

2 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN