Kumpulan RHB dan West Coast Expressway Sdn Bhd (WCE) telah bersama-sama mengumumkan penganjuran Century Ride pertama di Malaysia yang bakal dijalankan di lebuhraya tertutup. Dengan ini, ia akan menawarkan peserta dengan pengalaman berbasikal unik serta selamat untuk semua peringkat penunggang.
Acara Century Ride ini akan berlangsung pada ahad, 19 Mei 2024, dan akan bermula pada jam 6:45 pagi di plaza tol Lekir di Lebuhraya Pantai Barat (WCE). Kepada mereka yang berminat, pendaftaran telah pun dibuka sekarang dan lebih menarik, pemegang kad RHB yang layak boleh menikmati tawaran istimewa untuk bayaran pendaftaran.
Ada tiga kategori disediakan – 160km, 90km dan 28km
Sebanyak tiga laluan dengan jarak berbeza yang disediakan dalam acara ini. Ia adalah 160km, 90km dan 28km dan akan diadakan sepanjang Lebuhraya Pantai Barat di perak sahaja dengan garis permulaan di tol plaza Lekir hingga ke plaza tol Taiping Selatan. Lebih menarik, tiga pemenang teratas untuk setiap kategori bagi laluan 160km dan 90km akan diberikan hadiah wang tunai bernilai sehingga RM3,000.
Untuk lebih jelas, berikut adalah laluan untuk tiga kategori tersebut:
Bayaran pendaftaran Century Ride WCE
Anda boleh sertai secara individu ataupun berkumpulan. Untuk individu, bayaran biasa adalah RM200 untuk 160km, RM150 untuk 90km dan RM70 untuk 28km. Namun, jika anda mendaftar sebelum 6 Februari 2024, harga pendaftaran akan menjadi lebih rendah. Pemegang kad RHB juga boleh menikmati diskaun lebih banyak, tetapi ia juga perlu didaftar awal sebelum 6 Februari 2024.
Untuk membuat pendaftaran dan sebarang maklumat lanjut, anda boleh layari laman web Century Ride WCE.