• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Banyak muzik artis terkenal bakal hilang dari TikTok, ini sebabnya

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:33 am
  • 31/01/2024
  • Komen
Telefon pintar dari TikTok? Biar betul!
Share on FacebookShare on Twitter

Anda mungkin bakal menghadapi masalah untuk mencari muzik latar daripada artis terkenal di Tiktok tak lama lagi. Hal ini kerana, salah satu label muzik terbesar dunia, Universal Music Group (UMG) melalui satu surat terbuka di laman rasmi mereka mengatakan bahawa pihaknya tidak berjaya mencapai kata sepakat dalam rundingan pembaharuan kontrak bersama TikTok.

Kontrak yang bermula dalam tahun 2021 itu tamat pada 31 Januari 2024. Sekiranya tiada persetujuan dicapai, TikTok tidak ada pilihan selain mengeluarkan semua muzik artis-artis yang bernaung di bawah UMG daripada platform media sosial itu. Berdasarkan surat terbuka itu, pihak UMG menggariskan tiga isu kritikal yang mereka berusaha untuk runding sebelum memeterai apa-apa kontrak bersama TikTok.



Isu yang pertama adalah, TikTok ingin membayar royalti yang nyata lebih rendah berbanding platform-platform media sosial yang lain. Ia tidak mencerminkan pertumbuhan meroket yang dinikmati TikTok yang salah satunya berpunca daripada muzik-muzik UMG. Tambahan pula, hanya 1% sahaja perolehan TikTok dilapor disalur untuk membayar royalti kepada UMG.

Isu yang kedua adalah tentang kebanjiran kandungan audio yang dijana menggunakan teknologi AI. Ia turut menjejaskan amaun royalti yang berpotensi diterima artis dan akhirnya semua kandungan bakal digantikan oleh audio janaan komputer.



Isu yang ketiga adalah UMG tidak berpuas hati dengan pendekatan yang diambil TikTok dalam menangani perkara seperti buli siber, ucapan kebencian, ketaksuban, dan banyak lagi. Lagi perkara yang didakwa tidak ditangani dengan baik oleh TikTok adalah pelanggaran undang-undang hak cipta.

UMG menyifatkan TikTok sedang membuli platform-platform yang lebih kecil untuk bersetuju dengan kontrak yan gberat sebelah.

Antara artis Malaysia yang pernah menerbitkan lagu bersama-sama UMG adalah seperti Siti Nurhaliza, P. Ramlee, Dolla, Yuna, Yonnyboii, dan ramai lagi.

Sumber: UMG

Tags: TikTokumg
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Telefon pintar dari TikTok? Biar betul!

Banyak muzik artis terkenal bakal hilang dari TikTok, ini sebabnya

31 January 2024
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026
Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

7 September 2026
Belum dilancar, rekaan iPhone 18 Pro & iPhone lipat “Ultra” sudah terdedah menerusi dbrand

Belum dilancar, rekaan iPhone 18 Pro & iPhone lipat “Ultra” sudah terdedah menerusi dbrand

9 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN