• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Nothing

Nothing Phone (2a) akan dilancar pada 5 Mac ini

  • OLEH Putra Aziz
  • 5:03 pm
  • 14/02/2024
  • Komen
Nothing Phone (2a) akan dilancar pada 5 Mac ini
Share on FacebookShare on Twitter

Umum diketahui yang Nothing bakal melancarkan telefon pintar mereka lebih mampu milik yang seterusnya, Nothing Phone (2a). Setelah mengesahkan kewujudannya baru-baru ini, kini Nothing telah mendedahkan pula tarikh pelancaran rasmi bagi telefon mereka yang lebih mampu milik itu.

Pelancarannya akan diadakan di peringkat antarabangsa dan berlangsung pada 5 Mac jam 7:30 malam waktu Malaysia. Ia boleh ditonton secara langsung oleh peminat di laman web Nothing. Nothing memaklumkan bahawa acara ini dinamakan sebagai “Fresh. Eyes.”, dan ia boleh dilihat dengan lebih jelas pada video yang disertakan.



Fresh. Eyes.

The official Phone (2a) launch event is happening on 5 March 2024, 11:30 GMT. pic.twitter.com/eE6hPjXOeB

— Nothing (@nothing) February 13, 2024

Dalam video tersebut, ia memaparkan sepasang mata pada awalnya dengan mata tersebut kemudiannya berkelip-kelip. Mata ataupun “Fresh. Eyes.” ini mungkin merujuk kepada reka bentuk kamera baharu yang diguna pakai pada Nothing Phone (2a), kerana dua modul kameranya dilihat seperti sepasang mata berdasarkan spekulasi sebelum ini.

Malah, dalam satu hantaran lain, Nothing juga berseloroh bersama pengguna di X apabila memuat naik gambar mengaitkan mata tersebut dengan set kepala Apple Vision Pro.



pic.twitter.com/EaQUXf0gcE

— Nothing (@nothing) February 13, 2024

Bagaimanapun, disebabkan pelancaran Nothing Phone 2a akan diadakan pada 5 Mac, ini bermaksud pelancarannya tidak akan berlaku di MWC 2024 seperti yang dikatakan sebelum ini. Ini kerana MWC akan berlangsung selama 3 hari daripada 26 Februari hingga 29 Februari.

Spesifikasi Nothing Phone (2a)

Setakat ini, Nothing masih belum mendedahkan apa-apa maklumat berkenaan spesifikasi Nothing Phone (2a). Menjelang pelancarannya, telah banyak khabar angin yang mengatakan spesifikasi yang akan digunakan pada Phone (2a). Antaranya, ia akan dikuasakan cip Dimensity 7200 dengan pilihan RAM sehingga 12GB dan storan sehingga 256GB.

Bahagian skrinnya menggunakan jenis OLED 6.7-inci bersama kadar penyegaran 120Hz. Sistem kamera dikatakan adalah tetapan sama seperti Phone 2, iaitu kamera utama 50MP dan juga kamera ultralebar 50MP. Kapasiti baterinya pula sebesar 4,290mAh dan ia akan menjalankan Android 14 yang diselaputi dengan antara muka Nothing OS 2.5 sejurus keluar kotak.

Jangkakan Phone 2a ini akan tiba di Malaysia sebaik pelacaran rasminya kerana ia telah pun diksesan tersenarai di laman web SIRIM. Untuk maklumat yang lebih pasti, nantikan pelancaran Phone (2a) yang akan berlangsung lagi tiga minggu.

Bacaan berkaitan

  • Nothing tidak lagi berselindung, Phone (2a) lebih murah akan tiba
  • Harga dan varian Nothing Phone 2a didedahkan dalam talian, sama seperti Phone 1
  • Nothing Phone 2a tersenarai di pengkalan data SIRIM, petanda bakal lancar di Malaysia?
Tags: NothingNothing Phone 2atelefon
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Nothing Phone (2a) akan dilancar pada 5 Mac ini

Nothing Phone (2a) akan dilancar pada 5 Mac ini

14 February 2024
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN