Tujuh bulan yang lalu, sebuah robot pengembara angkasa yang diberi nama InSight telah dilancarkan oleh NASA. Setelah menempuhi perjalanan sejauh lebih kurang 483 juta KM, ia selamat mendarat pada 27 November 2018.
Sejurus mendarat, ini adalah gambar yang tiba ke bumi.
There’s a quiet beauty here. Looking forward to exploring my new home. #MarsLanding pic.twitter.com/mfClzsfJJr
— NASAInSight (@NASAInSight) November 27, 2018
Misi InSight akan berlanjutan sehingga dua tahun lamanya ataupaun 1 tahun 40 hari Marikh. Sejurus mendarat, InSight akan mula memasang panel solar yang akan membekalkan kuasa pada semua kelengkapan yang bakal dipasang kemudian.
Tiga kargo yang akan dipasang atur InSight adalah:
- Heat flow and Physical Properties Package (HP)
- Seismic Experiement for Interior Structure (SEIS)
- Rotation and Interior Structure Experiment (RISE)
Ilustrasi InSight selepas siap dipasang sepenuhnya
Mereka mempunya fungsi yang khusus. HP akan mengumpul maklumat tentang iklim Marikh seperti suhu dan komposisi udaranya. SEIS akan meninjau aktiviti seismic dari dalam perut Marikh sekiranya ada gempa “Marikh”. Komponen terakhir adalah RISE yang kumpulkan data astronomi daripada perspektif Marikh seperti kekuatan medan magnet planet dan sebagainya.
Membantu InSight adalah sebuah satelit geopegun iaitu Mars Reconnaissance Orbiter (MRO) yang bertindak menghubungkan sistem telekomunikasi antara bumi dengan InSight.
Satelit MRO
[Sumber: NASA]