• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Acer

Acer Nitro 16 (2024): Pilih sama ada Intel Core i7 gen-14 ataupun Ryzen siri 8040

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:46 am
  • 12/04/2024
  • Komen
Acer Nitro 16 (2024): Pilih sama ada Intel Core i7 gen-14 ataupun Ryzen siri 8040
Share on FacebookShare on Twitter

Acer mengumumkan kemas kini kepada barisan Acer Nitro 16 mereka untuk kekal releven dalam tahun 2024. Naik taraf yang bakal ditemui pengguna adalah seperti penggunaan cip yang lebih baharu dan paling penting, GPU RTX 40.

Acer Nitro 16 (2024) dengan CPU Intel ataupun AMD

Acer Nitro 16 (2024) ditawarkan dalam dua versi sama ada anda yang bertunjangkan CPU Intel ataupun AMD. Sekiranya anda pergi ke kem biru, sebanyak 3 variasi Intel Core i7 ditawarkan iaitu i7-14700HX, i7-14650HX, ataupun i7-14400HX.



Sementara itu, kalau kem merah pilihan anda, anda boleh pilih sama ada AMD Ryzen 9 8945HS, Ryzen 7 8845HS, ataupun Ryzen 5 8645HS. Walaupun berbeza CPU, bahagian GPU pula dikongsikan antara mereka.

Pengguna disediakan opsyen seperti RTX 3050, RTX 4050, ataupun RTX 4060.



Bagi menawal selia haba yang dihasilkan komponen-komponen berkuasa tinggi ini, mereka menggunakan pakai sistem kipas berkembar Vortex Flow dan juga sebatian penyejuk berasaskan besi untuk pastikan mesini ni sentiasa sejuk.

Kemudian, di bahagian kombinasi RAM dan storan, laptop-laptop ini boleh menampung module DDR5 sehingga 32GB dan ruang storan sehingga 2TB daripada jenis PCIe Gen4 NVMe.

Seperti namanya, Acer Nitro 16 (2024) dilengkapi panel paparan 16” dengan pilihan WQXGA (2560 x 1600) ataupun WUXGA (1920 x 1200). Panel-panel ini adalah daripada jenis IPS dan memiliki kadar segar semula setinggi 165Hz.

Untuk penyambungan aksesori, pengguna disediakan dengan beberapa USB-C yang menyokong USB 4 dan USB 3.2 disamping dua USB-A, HDMI 2.1 dan satu pembaca kad mikro-SD.

Acer Nitro 16 (2024) mempunyai berat sekitar 2.4kg dan ia dihidupkan oleh sistem bateri berkapasiti 76Whr dan blok pengecas 230W disediakan. Maklumat penjualannya di Malaysia masih belum ada namun dalam pasaran A.S ia dijual pada harga bermula USD1,400 (RM6,673).

Sumber: Acer

Bacaan berkaitan

Predator Helios Neo 14: Laptop 14” kompak RTX 40 dan Intel Core generasi ke-14

Tags: Aceracer nitroacer nitro 16
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Proton e.MAS 5: EV paling mampu milik Malaysia dilancar, dari RM56,800

Proton e.MAS 5: Kos servis 10 tahun tak sampai RM2,500, ini butirannya

1 November 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025
5 Terbaik: Telefon bawah RM1,500 ada bateri besar, prestasi tinggi & tahan lasak

5 Terbaik: Telefon bawah RM1,500 ada bateri besar, prestasi tinggi & tahan lasak

24 October 2025
Acer Nitro 16 (2024): Pilih sama ada Intel Core i7 gen-14 ataupun Ryzen siri 8040

Acer Nitro 16 (2024): Pilih sama ada Intel Core i7 gen-14 ataupun Ryzen siri 8040

12 April 2024
Infobip Shift bakal debut di Asia, Kuala Lumpur jadi tuan rumah November ini

Infobip Shift bakal debut di Asia, Kuala Lumpur jadi tuan rumah November ini

22 October 2025
Siri Oppo Find X9 tiba di Malaysia dengan kamera Hasselblad 200MP & cip Dimensity 9500

Siri Oppo Find X9 tiba di Malaysia dengan kamera Hasselblad 200MP & cip Dimensity 9500

29 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER