Puma adalah jenama sukan yang dikenali seantero dunia, manakala Playstation merupakan jenama permainan video yang disukai ramai. Kini kedua-duanya bergabung untuk menghasilkan koleksi fesyen bergaya PUMA x PLAYSTATION, dengan logo ikonik harimau Puma melompat ke dalam logo Playstation.
Kerjasama ini menyaksikan pelbagai kasut dan pakaian keluaran Puma, mendapat sentuhan halus Playstation. Antaranya logo Playstation yang dicetak secara timbul, atau dijahit kemas bergaya ke dalam pakaian. Ia juga tampil dalam rekaan klasik kasut Suede dan RS-X.
Peminat juga boleh menggayakan koleksi pakaian PUMA x PLAYSTATION, dalam bentuk t-shirt, jaket hoodie, seluar, beg silang dan topi. Kelihatan jelas rekaan logo ditampilkan dalam bentuk jahitan, cetakan timbul dan warna-warni gradien.
Harga dan ketersediaan
Harga koleksi ini dari serendah RM195 sehingga RM539. Ia akan tersedia untuk saiz kanak-kanak, remaja dan juga dewasa. Berikut adalah senarai harganya:
- Puma x PlayStation Cap: RM105 (Remaja) / RM195 (Dewasa)
- Puma x PlayStation Body Bag: RM249
- Puma x PlayStation Graphics Tee: RM119 (Remaja) / RM189 (Dewasa)
- Puma x PlayStation Elevated Tee: RM219 (Dewasa sahaja)
- Puma x PlayStation Sleeveless Hoodie: RM269 (Remaja sahaja)
- Puma x PlayStation Graphics Hoodie: RM289 (Remaja) / RM379 (Dewasa)
- Puma x PlayStation 8-inch Shorts: RM169 (Remaja sahaja)
- Puma x PlayStation 6-inch Shorts: RM289 (Dewasa sahaja)
- Puma x PlayStation Track Jacket: RM459 (Dewasa sahaja)
- Puma x PlayStation RS-X: RM359 (Kanak-Kanak) / RM429 (Remaja) / RM539 (Dewasa)
- Puma x PlayStation Suede: RM509 (Dewasa sahaja)
Kepada yang berminat untuk memiliki koleksi PUMA x PLAYSTATION ini, ia akan dijual mulai 18 April 2024 di laman web PUMA.COM, serta di kedai flagship PUMA. Peminat juga boleh mendapatkannya daripada pengedar sah PUMA terpilih.