Sempena Hari Bumi, Astro melancarkan kempen “RimbaKita: Save our Earth” (Selamatkan Bumi Kita). Inisiatif itu bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan menggalakkan tindakan berkaitan isu-isu Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus Korporat (ESG).
Sebagai sebahagian daripada kempen itu, pelanggan Astro boleh menikmati rangkaian program dari saluran dokumentari dan pendidikan seperti Love Nature, BBC Earth, Global Trekker, Animal Planet, World Wide Fund for Nature (WWF) dan banyak lagi melalui Ultra/Ulti Box atau Astro GO.
Tonton dan menang hadiah
Pelanggan yang strim rancangan di bawah kempen RimbaKita: Save our Earth melalui On Demand dan Astro Go juga akan berpeluang untuk memenangi hadiah eksklusif dan barangan promosi dari Astro.
Menerusi kempen Stream & Win Giveaway dari 22 April hingga 12 Mei 2024, pelanggan dengan jumlah penstriman tertinggi boleh memenangi hadiah seperti:
- 1 x Glamping Keluarga di Cameron Highlands
- 2 x Khemah Keluarga Quechua (Arpenaz)
- 10 x Set eksklusif beg Astro Go-Green
Mahu memenangi hadiah yang ditawarkan? Mudah sahaja, anda hanya perlu strim rancangan seperti Love Nature, BBC Earth, Global Trekker, Animal Planet, World Wide Fund for Nature (WWF) melalui On Demand atau Astro Go.
Bergantung kepada langganan Astro anda, sama ada Beyond PVR On Demand, Ultra/Ulti Box atau Astro Go, ini caranya untuk strim kandungan RimbaKita: Save our Earth:
- Tekan butang “Home” pada alat kawalan Astro
- Pilih “On Demand” dan tekan butang “OK”
- Tatal ke bawah untuk mencari “RimbaKita: Save our Earth”
- Tonton siri tersebut dan berpeluang untuk memenangi hadiah
Bagi pengguna Astro Go, anda perlu melog masuk ke akaun Astro Go sebelum terus ke “Home”.
Saluran Heroes secara percuma
Bermula 10 Mei hingga 9 Jun 2024 nanti, pelanggan Astro juga boleh menikmati Saluran Pratonton baharu “Heroes” (Saluran 100) tanpa sebarang kos tambahan. Saluran Heroes menampilkan filem aksi, thriller dan siri drama dengan watak hero serta heroin seperti:
- Filem aksi Malaysia seperti Gerak Khas, Cicak Man dan Abang Long Fadil
- Bagi peminat aksi dari Korea, filem menarik menanti anda seperti Midnight Runners dan Train to Busan
- Untuk peminat aksi beradrenalin tinggi, antara filem yang boleh dijadikan pilihan A Thursday, Heropanti 2, Tokyo Drift, Pacific Rim: Uprising dan Battleship
Saluran yang menawarkan pelbagai pilihan bahasa Bahasa Malaysia, Cina, Tamil, Korea, Hindi, dan Inggeris itu juga akan membawakan pilihan filem Indonesia dan Thailand.
Daftar Astro dapat diskaun hingga 30%
Bagi yang berminat untuk melanggan Astro, anda boleh jimat 30% untuk Pek Astro seperti Primary, Entertainment atau Movies jika melanggan Astro dalam tempoh promosi yang akan berakhir 30 April 2024.
Sebagai contoh, jika mengambil pakej Astro Primary dengan harga asal RM59.99, anda akan menerima potongan 30%, dan bayaran bulanan akan jadi RM41.99. Untuk tempoh kontrak 2 tahun, RM18x24 bulan, anda akan jimat RM432.
Terdapat pelbagai pakej yang boleh dijadikan pilihan dan sesuai dengan keperluan harian anda serta keluarga.
Untuk Pek Primary, anda akan mendapat akses kepada lebih daripada 80 saluran rangkaian kandungan tempatan dan antarabangsa menarik dan popular dengan harga RM41.99/bulan (HRD: RM59.99). Pek Entertainment pula menawarkan pelbagai kandungan tempatan, antarabangsa dan kanak-kanak, hanya RM62.99/bulan (HRD: RM89.99).
Bagi penggemar filem, pek Movies adalah pakej yang sesuai untuk anda dengan harga RM66.49/bulan (HRD: RM94.99). Dengan pek ini anda mendapat akses kepada aplikasi premium seperti Disney+ Hotstar dan HBO GO.
Untuk dapatkan lebih maklumat lanjut mengenai kempen Save Our Earth dan inisiatif alam sekitar Astro serta pakej langganan yang ditawarkan, anda boleh layari web Astro.