• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Nikmati diskaun 20% dengan RFID PLUS di Jambatan Pulau Pinang

  • OLEH Najib
  • 11:45 am
  • 03/12/2018
  • Komen
Nikmati diskaun 20% dengan RFID PLUS di Jambatan Pulau Pinang
Share on FacebookShare on Twitter

Lebuhraya PLUS telah mengumumkan pelancaran program perintis awam RFID PLUS, bermula 15 Disember 2018. RFID PLUS adalah sistem yang berbeza dengan RFID Touch ‘n Go.

Untuk fasa pertamanya, program perintis awam RFID PLUS akan boleh digunakan di empat plaza tol iaitu Jambatan Pulau Pinang, Kubang Semang, Lunas dan Jitra. Untuk pengguna harian di Jambatan Pulau Pinang, mereka boleh menerima diskaun 20% bersama penggunaan RFID PLUS.



Perkara ini dimaklumkan menerusi emel yang dihantar kepada pengguna yang telah mendaftar untuk menyertai program RFID PLUS. Tidak pula dimaklumkan bagaimana diskaun 20% ini diberikan.

Tetapi sebelum ini, pengguna Touch n Go telah menerima diskaun 20% di Jambatan Pulau Pinang dengan syarat, memiliki alamat rumah di Pulau Pinang, atau bekerja di syarikat yang beralamat di Pulau Pinang. Mungkin cara ini akan digunakan oleh RFID PLUS.



Kepada penduduk dan pekerja di Pulau Pinang yang berminat dengan RFID PLUS, jangan lupa untuk segera mendaftar minat anda di sini. Program perintis awam RFID PLUS akan bermula pada 15 Disember.

Kepada yang terpilih, anda perlu pergi ke pusat pemasangan RFID PLUS di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang, atau Pejabat Seksyen N3 Kubang Semang untuk memasang RFID PLUS. Tiada caj pemasangan akan dikenakan sepanjang program perintis dijalankan.

Berbeza dengan RFID Touch ‘n Go yang perlu ditambat ke Dompet Digital, RFID PLUS menambat terus bayaran ke perbankan internet atau kad debit/kredit pilihan anda. Walaupun tak cukup baki dalam kad debit, anda masih boleh melalui plaza tol dengan syarat anda perlu melunaskan hutang itu sebelum memasuki plaza tol yang seterusnya.

Dapatkan maklumat lanjut tentang RFID PLUS di sini.

Tags: plusrfid
Najib

Najib

POPULAR

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Proton e.MAS 5: Harga anggaran RM60K – RM80K, dua varian kini boleh ditempah

Proton e.MAS 5: Harga anggaran RM60K – RM80K, dua varian kini boleh ditempah

7 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Nikmati diskaun 20% dengan RFID PLUS di Jambatan Pulau Pinang

Nikmati diskaun 20% dengan RFID PLUS di Jambatan Pulau Pinang

3 December 2018
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER