• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PANGGILAN AKHIR untuk program penukaran bateri iPhone

  • OLEH Najib
  • 1:07 pm
  • 03/12/2018
  • Komen
PANGGILAN AKHIR untuk program penukaran bateri iPhone
Share on FacebookShare on Twitter

Setahun yang lepas, Apple telah dikesan mengurangkan prestasi telefon pintar iPhone dengan sengaja kerana beberapa sebab. Salah satu darinya untuk memanjangkan hayat bateri yang kian menurun selepas beberapa waktu.

Selepas itu, Apple telah meminta maaf dan mengumumkan program penukaran bateri dengan diskaun 65%, iaitu RM121 sahaja berbanding harga biasa RM349. Bagaimanapun, ia hanya untuk model iPhone terpilih iaitu iPhone SE, 6, 6 Plus, 6s, 6s Plus, 7, 7 Plus, 8, 8 Plus dan iPhone X. iPhone yang lebih baru iaitu iPhone XR, XS dan XS Max tidak termasuk di dalam program ini.



Kos penggantian perkakas iPhone di Machines

Program penggantian bateri dengan diskaun ini akan tamat pada 31 Disember 2018. Selepas itu, harganya akan kembali ke asal iaitu RM349.



Kepada pengguna yang memiliki iPhone terlibat dan masih belum menukar bateri, masih boleh mendapatkan harga diskaun ini sebelum 31 Disember dengan mengunjungi mana-mana pusat servis Apple yang berdaftar, seperti Machines dan Switch. Anda juga boleh menetapkan temujanji menerusi laman sokongan Apple.

Selepas kemaskini iOS 11.3, Apple telah memasukkan cara untuk memeriksa kesihatan bateri di iPhone. Ia boleh diperiksa di Settings > Battery, kemudian pergi ke bahagian ‘Battery Health‘. Di situ, ia akan memaparkan kapasiti maksimum bateri dan memberitahu jika bateri iPhone anda perlu diganti.

Disebabkan penggantian bateri ini bergantung pada kesediaan stok di pusat servis, anda dinasihatkan untuk tidak menunggu di saat akhir dan pergi sekarang untuk menggantinya. Anda juga dinasihatkan untuk membuat salinan penuh iPhone anda kemudian memadam semua benda di dalam iPhone melalui ‘Factory Reset‘, sebelum menghantarnya untuk diganti bateri.

[Sumber: MacRumors]

Tags: appleiphone
Najib

Najib

POPULAR

PANGGILAN AKHIR untuk program penukaran bateri iPhone

PANGGILAN AKHIR untuk program penukaran bateri iPhone

3 December 2018
PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

7 August 2026
Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

7 August 2026
Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

10 August 2026
Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

7 August 2026
Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

11 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN