• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei nova 4 sah tampil dengan skrin nirbingkai berlubang

  • OLEH Najib
  • 6:24 pm
  • 03/12/2018
  • Komen
Huawei nova 4 sah tampil dengan skrin nirbingkai berlubang
Share on FacebookShare on Twitter

Minggu lepas, telefon pintar Huawei dengan skrin yang berlubang di atas, pertama kali diperlihatkan kepada umum sebagai hadiah hari lahir seorang penyanyi China, Jackson Yee. Hari ini, Huawei mengesahkan tarikh pelancaran telefon pintar tersebut.

Di laman Weibo Huawei, mereka berkongsi poster pelancaran nova 4 di China. Ia akan dilancarkan secara rasmi pada 17 Disember 2018. Nampaknya ia akan mendahului Samsung yang akan tampil dengan rekaan skrin yang sama, di Galaxy A8s.



Seperti nova 3, telefon pintar nova 4 dijangka memiliki spesifikasi berkuasa tinggi. Antaranya penggunaan cip pemproses terbaru Kirin 980, bersama RAM sehingga 6GB dan storan dalaman 128GB.

Mengikut tradisi siri nova yang juga pakar swafoto, pastinya akan terdapat 4 kamera di nova 4, dua lensa di belakang dan dua lensa lagi hadapan. Tetapi dari gambar yang dikongsikan, hanya terdapat satu lubang sahaja di hadapan. Mungkinkah nova 4 akan memecah tradisi dengan hanya satu kamera hadapan?



Kita nantikan majlis pelancarannya pada 17 Disember untuk maklumat lanjut tentang Huawei nova 4.

[Sumber: GizmoChina, Weibo]

Tags: Huaweihuawei nova 4
Najib

Najib

POPULAR

Realme C85 5G kini boleh didapati di Malaysia, telefon kalis air “IP69 Pro” & bateri 7,000mAh

Realme C85 5G kini boleh didapati di Malaysia, telefon kalis air “IP69 Pro” & bateri 7,000mAh

10 December 2025
Huawei nova 4 sah tampil dengan skrin nirbingkai berlubang

Huawei nova 4 sah tampil dengan skrin nirbingkai berlubang

3 December 2018
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER