• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Asus

ASUS Zenfone Max Pro M2 mungkin dijual pada 12.12

  • OLEH Najib
  • 10:14 am
  • 04/12/2018
  • Komen
ASUS Zenfone Max Pro M2 mungkin dijual pada 12.12
Share on FacebookShare on Twitter

Pelancaran Zenfone Max Pro M2 telah ditetapkan pada hari selasa depan, 11 Disember 2018 seperti diwar-warkan oleh ASUS Malaysia dan Indonesia. Belum ada tarikh jualan rasmi tetapi ia mungkin telah dibocorkan Lazada.

Lazada Malaysia kelihatan telah menyenaraikan telefon pintar ASUS Zenfone Max Pro M2 di platform e-dagangnya. Malah, ia mungkin ditawarkan dengan diskaun istimewa sempena jualan 12.12 pada hari Rabu akan datang.



Jika benar, ini adalah produk ASUS paling cepat berada di pasaran selepas dilancarkan.

Bagaimanapun, senarai di Lazada ini meletakkan harga tipu RM9,999 selain spesifikasi yang ditulis padanya adalah berkenaan Zenfone Max Pro M1. Tiada juga tarikh penghantaran. Mungkin ini hanyalah untuk tempahan awal dan dihantar beberapa hari kemudian.



Pembaharuan generasi kedua Zenfone Max Pro ini memperlihatkan peningkatan prestasi dengan menggunakan cip pemproses Snapdragon 660, RAM sekurang-kurangnya 4GB dan storan bermula dari 64GB.

Kamera di belakang menggunakan dwi lensa 12MP+5MP, bersama satu kamera hadapan. Skrinnya berukuran 6-inci dengan resolusi HD Penuh+ dan menggunakan kaca sebagai lapisan belakang.

Zenfone Max Pro M2 juga mengekalkan bateri gergasi 5,000mAh padanya. Kami jangka ia masih menggunakan mikroUSB berbanding USB-C.

Telefon pintar ini adalah jawapan ASUS untuk mencabar Redmi Note 6 Pro. Malah, ASUS turut berkongsi beberapa perkara mengutuk Xiaomi, tak ubah seperti Samsung mengutuk Apple.

Kita tunggu pelancarannya pada 11 Disember nanti, adakah benar ia boleh makan Xiaomi, macam makan nasi.

Tags: asusZenFone Max Pro M2
Najib

Najib

POPULAR

ASUS Zenfone Max Pro M2 mungkin dijual pada 12.12

ASUS Zenfone Max Pro M2 mungkin dijual pada 12.12

4 December 2018
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN