• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Telefon lagenda Nokia 3210 kembali, untuk mereka yang tidak mahu dihubungi

  • OLEH Najib
  • 12:10 pm
  • 10/05/2024
  • Komen
Telefon lagenda Nokia 3210 kembali, untuk mereka yang tidak mahu dihubungi
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda tahu tentang Nokia 3210, itu menunjukkan anda sudah berusia sekitar 40 tahun dan ke atas. Telefon Nokia 3210 telah dilancar pada 25 tahun lepas dan kini, ia dikembalikan semula oleh HMD dengan sedikit pembaharuan.

Guess what's making a comeback? The iconic Nokia 3210!⁣
Remember when your phone’s battery would last for days? Well, we're bringing those days back. Get ready to go retro with a modern twist! #Nokia3210https://t.co/S7QOlW0XJN pic.twitter.com/oy1w42ZaRX

— HMD (@HMDdevices) May 8, 2024

Perkara baru paling utama, sambungan 4G LTE

Sama seperti model klasik lain yang disegarkan semula oleh HMD, seperti Nokia 3310, Nokia 8210 dan Nokia 2720 Flip, telefon Nokia 3210 ini juga adalah telefon mudah alih asas dengan sambungan 4G. Ia memiliki skrin warna QVGA 2.4-inci dan butang kekunci bernombor, dengan sistem operasi S30+.



Kuasa penggerak utama Nokia 3210 adalah cip Unisoc T107 bersama RAM 64MB, serta storan dalaman 128MB. Benar, kedua-dua RAM dan storan dalam MB, bukan GB. Tetapi jika perlu storan tambahan, boleh memasukkan kad mikroSD sehingga 32GB.

Hanya ada satu kamera di Nokia 3210 iaitu di belakang, dengan lensa 2MP serta lampu kilat LED. Selain menyokong rangkaian 4G, ia juga memiliki Bluetooth 5.0 serta mengecas melalui USB-C. Jek audio 3.5mm juga tersedia, bersama sokongan radio FM.



Selain itu, HMD turut memuatkan permainan popular Snake ke dalam Nokia 3210. Telefon ini juga dilengkapi beberapa aplikasi lain seperti berita, cuaca, YouTube Short dan permainan yang tersedia menerusi Cloud Apps.

Bateri di dalamnya berkapasiti 1,450mAh dan ia boleh dicabut ganti. Ia dikatakan mampu memberi tenaga sehingga 9.8 jam masa membuat panggilan.

Nokia 3210, untuk mereka yang tidak mahu dihubungi

Menurut HMD, Nokia 3210 adalah telefon mudah alih untuk generasi masa lalu sekitar 25 tahun lepas. Ia menyatakan, telefon ini kembali kerana orang ramai mahu kembali kepada kehidupan yang lebih mudah. Sebabnya, Nokia melihat jualan Nokia 2660 Flip berganda pada tahun 2023 dan menjangkakan pasaran telefon mudah alih asas akan terus meningkat pada tahun 2024.

Tambah HMD lagi, Nokia 3210 memenuhi permintaan yang kian meningkat popular yang mahu mengurangkan masa internet dan menyertai gerakan detox digital. Ia adalah telefon bagi mereka yang ingin berehat dari media sosial, internet dan membuka aplikasi tanpa henti, seterusnya menikmati kehidupan yang lebih tenang seperti akhir tahun 90-an atau awal 2000.

Adakah Nokia 3210 untuk anda?

Semakan awal di laman HMD Malaysia menunjukkan, Nokia 3210 telah disenarai di samping Nokia 8210 4G (berharga RM299), tetapi masih tiada tanda harga. Terdapat tiga pilihan warna ditawarkan iaitu biru, hitam dan emas. Dijangkakan harganya akan serupa dengan Nokia 8210 4G.

HMD telah berulangkali melancarkan dan menjual telefon pintar Nokia berasaskan nostalgia lama dan ini pasti membuat orang ramai bercerita semula tentang masa lalu mereka bersama Nokia. Tetapi, adakah anda akan membelinya?

Memandangkan telefon pintar bukan lagi keinginan tetapi sudah menjadi keperluan asas kehidupan, seperti komunikasi (permesejan segera) dan kewangan, termasuk pembayaran dan urus niaga perbankan, adakah masih ada ruang untuk telefon mudah alih asas dalam kehidupan anda?

[Sumber: HMD]

Bacaan Berkaitan

  • Nokia 5710 XpressAudio 4G, ada fon putik TWS tersimpan di dalam badan
  • Nokia 6300 4G & Nokia 8000 4G, dua telefon ikonik dihidupkan kembali
  • Nokia 5310: Rekarnasi XpressMusic Yang Ada Bau Gagal
  • Telefon pisang baru Nokia mula dijual bersama Nokia 6.1
Tags: hmdhmd globalNokiaNokia 3210
Najib

Najib

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Telefon lagenda Nokia 3210 kembali, untuk mereka yang tidak mahu dihubungi

Telefon lagenda Nokia 3210 kembali, untuk mereka yang tidak mahu dihubungi

10 May 2024
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER