• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama 70mai

Dashcam 70mai A510 dilancar di Malaysia, menyokong 4G, GPS, ADAS dan boleh jadi CCTV

  • OLEH Najib
  • 5:16 pm
  • 22/05/2024
  • Komen
Dashcam 70mai A510 dilancar di Malaysia, menyokong 4G, GPS, ADAS dan boleh jadi CCTV
Share on FacebookShare on Twitter

Bertempat di pameran Malaysia Autoshow 2024 yang sedang berlangsung di MAEPS Serdang, 70mai Malaysia hari ini melancarkan dashcam terbaru mereka, 70mai A510. Ia adalah dashcam yang menyokong sambungan 4G, membolehkan pemantauan jarak jauh selain mengesan lokasi kenderaan.

Dalam pentas yang sama, 70mai turut berbangga mengumumkan bahawa 3 model dashcam mereka menduduki 3 dari 5 dashcam terbaik oleh MIROS. 70mai A810 kini menduduki tangga pertama dengan markah 4.69 oleh MIROS.



Harga dan Promosi 70mai A510

Menurut 70mai, Malaysia merupakan negara terawal dashcam A510 dilancar di dunia. Ia kini telah dijual di Malaysia dengan harga rasmi RM529. Pembeli yang berminat, turut boleh menambah kit 4G dan kamera belakang, yang dijual berasingan. A510 boleh dibeli atas talian di Lazada, Shopee Mall dan TikTok Shop.

Khas untuk pengunjung pameran Malaysia Autoshow 2024, 70Mai Malaysia menawarkan harga istimewa jika membeli dashcam A510 di situ. Malah, boleh mendapatkan promosi untuk menambah kit 4G dan kamera belakang. Harga promosi tersebut adalah:



  • 70mai A510 – RM399
  • Kit 4G – RM159
  • Kamera belakang – RM80

Malaysia Autshow 2024 berlangsung di MAEPS Serdang dari 22 hingga 26 Mei 2024. Tiket masuk berharga RM20 dan boleh dibeli di pintu masuk, atau atas talian di sini.

Spesifikasi 70mai A510

Menggunakan sensor baru Sony Starvis 2, dashcam A510 boleh merakam video dengan resolusi tinggi 1944p 60fps. Ia turut dilengkapi GPS untuk menyimpan lokasi semasa merakam video, serta memberi maklumat tambahan seperti kelajuan dan masa dengan tepat.

Selain itu, A510 memiliki teknologi bantuan pemanduan ADAS. Ia boleh memberi amaran jika kenderaan di luar garisan jalan, serta apabila terlalu dekat dengan kenderaan di hadapan.

Dengan sensor graviti terbina di dalam, A510 akan merakam video 5 saat sebelum pelanggaran serta 25 saat selepas pelanggaran. Ia juga boleh menjadi CCTV dengan rakaman sela-masa 24 jam.

Untuk sambungan 4G, pengguna perlu menambah kit 4G yang dijual berasingan. Dengan kit 4G, A510 boleh dipantau menerusi aplikasi di telefon pintar. Ia boleh menghantar notis amaran jika mengesan pergerakan. Malah, boleh disiar secara langsung secara live streaming. Pengguna juga boleh mengesan lokasi kenderaan menerusi Find My Car, jika terlupa di mana meletak kenderaan.

Untuk maklumat lanjut, layari laman produk 70mai A510.

Bacaan Berkaitan

  • 70mai Dash Cam Omni disenaraikan di Lazada, harga bermula RM629
  • Ini 5 dashcam yang menerima penarafan 5 daripada MIROS
  • 70mai lancar tempahan awal A800, dashcam yang mampu rakam video 4K depan dan belakang
Tags: 70mai70mai A510dashcam
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Dashcam 70mai A510 dilancar di Malaysia, menyokong 4G, GPS, ADAS dan boleh jadi CCTV

Dashcam 70mai A510 dilancar di Malaysia, menyokong 4G, GPS, ADAS dan boleh jadi CCTV

22 May 2024
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Realme 14T 5G dilancar, telefon 5G mampu milik ada skrin AMOLED 120Hz & bateri 6,000mAh

Realme 14T 5G dilancar, telefon 5G mampu milik ada skrin AMOLED 120Hz & bateri 6,000mAh

16 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER