• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Asus

Shopee penjual eksklusif Zenfone Max Pro M2 6GB pada 12.12

  • OLEH Najib
  • 6:35 pm
  • 05/12/2018
  • Komen
Shopee penjual eksklusif Zenfone Max Pro M2 6GB pada 12.12
Share on FacebookShare on Twitter

Sebelum ini kami melaporkan Lazada mungkin akan menjual telefon pintar ASUS yang masih belum dilancarkan, Zenfone Max Pro M2 pada jualan 12.12 nanti. Hari ini, satu lagi platform e-dagang terkemuka Malaysia tampil dengan kenyataan sebagai penjual eksklusif telefon tersebut.

Shopee hari ini mengeluarkan kenyataan media bahawa mereka telah menerima hak eksklusif untuk menjual Zenfone Max Pro M2, pada 12.12 kelak. Tetapi untuk model RAM 6GB dan 64GB storan sahaja.



Tambah Shopee lagi, pada 12.12 nanti orang ramai boleh membuat tempahan awal untuk Zenfone Max Pro M2 6GB/64GB. Bermakna, ia bukan dijual terus pada hari tersebut. Laman jualan tersebut juga telah dibuka, boleh dilawati di sini.

Dengan ini, ia bermakna versi RAM 6GB dan 64GB storan dalaman untuk ASUS Zenfone Max Pro M2 telah sah akan dijual di Malaysia. Belum tahu lagi, adakah Lazada akan menjual variasi lain, RAM 4GB dan 64GB storan dalaman. Lebih penting lagi, berapa pula harganya?



Telefon pintar Zenfone Max Pro M2 memiliki skrin 6.3-inci HD Penuh+ dan dikuasakan oleh cip Snapdragon 660. Ia memiliki dwi-kamera belakang 12MP+5MP bersama kamera hadapan 13MP.

Ia mengekalkan bateri mega 5,000mAh tetapi agak pelik, ia masih tidak menyokong WiFi 5GHz yang memberikan kelajuan internet lebih pantas.

Kepada mereka yang berminat, boleh siap-siap mengumpul syiling Shoppe dan menyimpan baucer yang boleh digunakan untuk membeli nanti. Bak kata Lalisa, muat turunlah Shopee hari ini.

https://www.youtube.com/watch?v=DOckfR26GDo

Tags: asusZenFone Max Pro M2
Najib

Najib

POPULAR

Shopee penjual eksklusif Zenfone Max Pro M2 6GB pada 12.12

Shopee penjual eksklusif Zenfone Max Pro M2 6GB pada 12.12

5 December 2018
Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

9 September 2026
Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

10 September 2026
iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

10 September 2026
Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

7 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN