• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Qatar Airways x Starlink tawar internet 550Mbps dalam pesawat

  • OLEH Putra Aziz
  • 10:02 pm
  • 30/05/2024
  • Komen
Qatar Airways guna Starlink untuk sediakan internet berkelajuan 350Mbps dalam pesawat
Share on FacebookShare on Twitter

Qatar Airways telah mengumumkan kerjasama mereka dengan Starlink untuk menawarkan perkhidmatan internet berkelajuan tinggi dan berkependaman rendah dalam pesawat. Ia akan dilaksanakan pada tiga pesawat Boeing 777-300 milik Qatar Airways menjelang suku ke-4 tahun ini, dengan perancangan untuk meluaskannya kepada semua pesawat dalam masa dua tahun.

Qatar Airways memaklumkan bahawa ini adalah komitmen mereka untuk meningkatkan lagi pengalaman penumpang sewaktu penerbangan.



Dengan ini, Qatar Airways bakal menyediakan sambungan WiFi dengan kelajuan sehingga 500Mbps dalam kapal terbang. Ia juga dikatakan boleh diakses secara mudah dengan hanya satu klik, sekali gus membenarkan penumpang untuk menikmati penstriman video, gaming dalam talian dan juga melayari laman web semasa penerbangan.

Kerjasama antara Qatar Airways dengan Starlink untuk menawarkan perkhidmatan internet melalui satelit adalah pertama seumpamanya untuk rantau Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA). Tetapi, ia bukanlah syarikat penerbangan pertama di seluruh dunia yang menggunakan Starlink kerana JSX Airlines telah menawarkan perkhidmatan Starlink pada penerbangan mereka sejak tahun 2022 lagi.



Sumber gambar: travelandleisure

Kelebihan perkhidmatan Starlink di pesawat adalah penumpang dapat menikmati kelajuan WiFi lebih pantas berbanding biasa. Sebelum ini, Qatar Airways juga ada menyediakan perkhidmatan WiFi tetapi dengan melalui pelan Oryxcomms atau perayauan penerbangan melalui OnAir atau AeroMobile.

Bagaimanapun, perkhidmatan Starlink di pesawat berfungsi sama sahaja dengan pengguna biasa. Bezanya, kit Starlink untuk penerbangan memerlukan antenna, sumber kuasa dan router Starlink dipasang terus di pesawat.

Jika anda berminat untuk mendapatkan perkhidmatan Starlink, ia juga tersedia untuk pengguna biasa di Malaysia dengan langganan harga RM220/bulan dan RM1,150 untuk perkakasannya. Anda boleh dapatkannya melalui laman web Starlink.

[Sumber: Qatar Airways]

Tags: Qatar AirwaysStarlink
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Qatar Airways guna Starlink untuk sediakan internet berkelajuan 350Mbps dalam pesawat

Qatar Airways x Starlink tawar internet 550Mbps dalam pesawat

30 May 2024
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN